Sunday, 6 May 2018
Penantian seramai 172 peneroka Felda Tersat, Ajil yang membuka kawasan itu 30 tahun lalu kini berakhir apabila mendapat geran hak milik tanah untuk diwarisi.
Penyerahan kepada sebahagian peneroka itu disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abd Razak sempena Program Mesra Rakyat Bersama YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak di Hulu Terengganu di Dewan Komuniti Kuala Berang, hari ini.
Generasi pertama peneroka di tanah rancangan itu, Mamat Mat Ali, 65, berkata hajatnya untuk menerima geran hak milik setelah menunggu hampir 30 tahun akhirnya tercapai.
Jelasnya, segala penat lelah selama ini hilang dengan pengiktirafan yang diberikan dan kini mendapat hak milik tanah untuk diwarisi.
"Alhamdulillah, ia merupakan rezeki bulan Ramadan pada tahun ini. Sudah terlalu lama menunggu saat untuk menerima hak milik setelah bertungkus lumus mengusahakan tanah rancangan sejak ia mula dibuka 30 tahun lalu.
"Lebih manis lagi kerana menerimanya daripada pemimpin nombor satu negara yang sekian lama menjadi idola saya...terima kasih banyak-banyak kepada kerajaan Barisan Nasional kerana menunaikan janji kepada kami,"katanya.
Bagi Zainun Ngah, 63, orang yang paling gembira dengan hari ini ialah suaminya Setia Majid, 57, yang kini mengalami strok.
"Memang saya seronok sangat kerana dah tunggu lama saat ini untuk dapatkan geran tanah dan sudah pasti yang paling gembira adalah suami saya yang tidak datang pada hari ini untuk menyaksikan saat yang bersejarah dalam hidup kami,"katanya. - teganukita.net
Related Posts:
Kecurian Diesel Subsidi Di Jeti LKIM Akan Ditangani - Dr Azman Dr Azman dalam satu perjumpaan dengan nelayan baru-baru ini. "Tidak sepatutnya berlaku dan amat mendukacitakan bila ada rungutan para nelayan bahawa minyak diesel subsidi milik mereka di jeti LKIM (Lembaga Kemajuan Ikan Ma… Read More
Musim Buah Perah Jadi Pesta Penduduk Kampung Pauh Rohana(kanan)bersama rakannya Rosmaria menunjukkan buah perah yang berjaya dikutip di perkarangan tanah perkuburan Kampung Pauh. Sesiapa sahaja yang pernah menikmati buah perah pasti terbayang keenakan isinya sama ada dire… Read More
Kesedihan Ibu Insafkan Penagih Tegar Nor Amirul Aswad Linangan air mata seorang ibu berjaya melembutkan hati seorang penagih dadah tegar untuk kembali ke pangkal jalan setelah bergelumang dengan najis tersebut lebih 10 tahun.Nor Amirul Aswad Zakaria, 28, yang… Read More
Pekebun Bimbang Serangan Gajah Liar Berulang Pekebun memeriksa pokok kelapa sawit yang musnah akibat serangan gajah liar Dua pemilik kebun kelapa sawit di Kampung Air Putih, Kemaman terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM30,000 selepas 200 batang pokok kelapa sa… Read More
Masalah Bau Busuk Dari Kilang Industri Kerteh Dijangka Selesai Alias Razak Masalah bau busuk dari sebuah kilang memproses makanan haiwan di kawasan perindustran Kerteh , Kemaman, yang membelenggu penduduk di sekitar Bandar Paka sejak sekian lama dijangka akan selesai apabila pih… Read More