Sunday, 27 May 2018
Kerajaan negeri mensasarkan untuk menjadikan Terengganu sebagai Koridor Pelancongan Islam Antarabangsa dan Hab Industri Batik Dunia sekaligus membangunkan industri pelancongan dan sokongan pelancongan di negeri ini.
Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, Terengganu mempunyai banyak kapasiti yang boleh dibangunkan untuk menjadi hab pelancongan.
"Sekarang ini, negara kita yang menjadi tumpuan pelancong seluruh dunia termasuk dari Timur Tengah tetapi sebahagian besar tidak berkunjung ke negeri ini.
"Jadi tumpuan kita sekarang ini adalah kita menarik mereka untuk datang ke negeri Terengganu,"ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika menghadiri Majlis Berbuka Puasa YAB Menteri Besar dan Porfolio Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri bersama pengiat-pengiat industri pelancongan di Duyong Marina Resort, Kuala Terengganu, semalam.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, Ariffin Deraman.
Katanya, Terengganu sepatutnya menjadi destinasi pilihan sekiranya pelancong ingin melihat keindahan alam semulajadi dan seni warisan budaya.
"Kita mempunyai banyak perkara yang boleh ditonjolkan tetapi kita tidak menonjolkan seperti sepatutnya seperti suasana hidup masyarakat Melayu Islam, keindahan pantai dan pulau-pulau dan sebagainya," ujarnya.
Ahmad Samsuri berkata, hab pelancongan bukan sahaja berupaya menarik lebih ramai kedatangan pelancong ke negeri ini malah menyumbang kepada pembangunan ekonomi rakyat dan negeri.
Katanya, pentadbiran kerajaan dibawah pimpinan Pas mempunyai satu tanggungjawab kepada masyarakat untuk memperkenalkan industri pelancongan, perindustrian dan sebagainya berlandaskan Islam sebagai rujukan dan garis panduan dalam membuat pertimbangan. - teganukita.net
Related Posts:
Hujan Berterusan, 63 Mangsa Dipindahkan Di Kemaman Hujan lebat yang berterusan sejak malam tadi, menyebabkan 63 mangsa daripada 16 keluarga mula dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara di Kemaman, sejak pagi ini. Pengarah Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM) T… Read More
Kerajaan Belanja RM40.9 Juta Untuk Dana Bantuan Persekolahan Sejumlah RM40.9 juta peruntukan Dana Bantuan Persekolahan oleh kerajaan negeri telah dinikmati lebih 410 ribu orang pelajar seluruh Terengganu sejak 2014. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi d… Read More
Jumlah Mangsa Banjir Di Kemaman Meningkat Jumlah mangsa banjir di Kemaman meningkat kepada 89 mangsa melibatkan 21 keluarga setakat jam 11.30 pagi ini, berbanding 63 mangsa daripada 16 keluarga yang dipindahkan sehingga tengahari semalam. Menurut portal etinda… Read More
Bukit Kor Dan Kampung Dondang, Marang, Bakal Dikenali Sebagai Kampung Warisan Kerajaan negeri bersetuju menjadikan kawasan perkampungan Bukit Kor dan Kampung Dondang, Marang sebagai destinasi tumpuan pelancongan yang dikenali sebagai Kampung Warisan, mulai pertengahan tahun depan. Ahli Dewan Und… Read More
Guru Advokasi Emas Iltizam Perkasakan VLE Di Terengganu Minat yang mendalam terhadap dunia teknologi maklumat (IT) membuatkan seorang guru dari sekolah Kebangsaan Kubu, Marang, sentiasa inovatif bagi memanfaatkan persekitaran pembelajaran virtual (VLE) untuk kemudahan murid-mu… Read More