Monday, 26 December 2016


Hujan lebat yang berterusan sejak malam tadi, menyebabkan 63 mangsa daripada 16 keluarga mula dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara di Kemaman, sejak pagi ini.

Pengarah Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata, daripada keseluruhan mangsa, 21 orang daripada enam keluarga, ditempatkan di Balai Raya Kampung Batu 9, Ibok, manakala  26 daripada lapan keluarga di Sekolah Menengah Badrul Alam Shah, Kemasik, masing-masing berpindah sejak 8.10 pagi tadi.

Katanya, 16 mangsa daripada tiga keluarga lagi dipindahkan ke Balai Raya Padang Kemunting, Chukai sejak jam 10.30 pagi ini.

“Kesemua mangsa dipindahkan sejak jam 8 pagi hingga jam 11 pagi ini. Kita sentiasa bersedia membuat rondaan di kawasan dilaporkan berlaku limpahan air bagi memastikan bantuan dapat diberi segera sekiranya keadaan bertambah buruk,”katanya.

Sementara itu, Jabatan Metereologi Malaysia (JMM) hari ini turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora (kategori pertama).

Menurutnya, angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dijangka berlaku di kawasan perairan Terengganu Kelantan, Pahang, Johor Timur dan Sarawak sehingga Sabtu ini (31 Disember).

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Selain daripada itu, kawasan pantai di Terengganu, Kelantan ,Pahang dan Johor Timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut sehingga Khamis ini (29 Disember).

Selain itu juga, JJM  turut mengeluarkan amaran hujan lebat (peringkat jingga), sejak malam tadi, dengan hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana lebat yang berlaku di Pahang (Daerah Maran, Bera, Rompin, Pekan, Kuantan dan Jerantut) dan juga Terengganu dijangka berterusan sehingga Rabu ini (28 Disember). - teganukite.net

Related Posts:

  • 30 Masjid Utama Diiktiraf Masjid Pelancongan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) merekodkan 30 masjid utama di negara ini disenaraikan sebagai masjid pelancongan. Antara masjid berkenaan adalah Masjid Abidin dan Masjid Kristal di Kuala Terengg… Read More
  • 397,476 Daftar Penderma Organ Sejak 2010 Seramai 397,476 individu di seluruh Malaysia mendaftarkan diri sebagai pengikrar pendermaan organ selepas meninggal dunia sejak 2010 hingga September lalu. Bagaimanapun, jumlah itu sangat kecil berbanding keseluruhan pe… Read More
  • Bot Penambang Makin Cantik, Jadi Tarikan Penumpang Beberapa pemilik bot penambang Seberang Takir, Kuala Nerus yang mendapat peruntukan membaik pulih bot berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana bantuan itu membolehkan mereka memulih dan menambah baik pengangkutan ai… Read More
  • 8,500 Nelayan Anggotai Kumpulan Keselamatan Nelayan Hampir 8,500 nelayan dari seluruh negara menganggotai Kumpulan Keselamatan Nelayan bagi memantapkan dan meningkatkan sinergi, kecekapan serta keberkesanan aktiviti-aktiviti keselamatan di kawasan nelayan.Ketua Unit Komunik… Read More
  • Zulkhibri Jadi Cikgu Tuisyen Rakan Sekuliah Graduan ijazah Kejuruteraan Teknologi Pembuatan yang juga bekas pegawai bank, Zulkhibri Baharom, 39, berasal dari Batu Pahat, Johor dinobatkan sebagai penerima Anugerah Canselor sempena Majlis Konvokesyen Kolej Universiti … Read More

Demi Masa

SELASA, 18 Mac 2018
1:54 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74696
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan