Saturday, 24 December 2016


Kerajaan negeri bersetuju menjadikan kawasan perkampungan Bukit Kor dan Kampung Dondang, Marang sebagai destinasi tumpuan pelancongan yang dikenali sebagai Kampung Warisan, mulai pertengahan tahun depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkalan Berangan, A. Latiff Awang berkata, pemilihan kawasan kira-kira 40 hektar itu yang berkonsep tradisional, mempunyai pemandangan desa yang menarik serta jauh dari kesibukan lalu lintas dan pembangunan, mampu menjadi tarikan pelancong dalam mahu pun luar negara.

Katanya, projek yang dijangka bermula pertengahan 2017 akan menempatkan pelbagai perusahaan industri desa, tembaga, tenunan, pertukangan dan juga pelbagai tanaman hampir pupus di negara kita, termasuk pokok jambu arang dan pokok sentul.

“Kita juga akan membina rumah-rumah contoh tradisional Terengganu yang dikelilingi dengan dusun buah-buahan dan berhampiran anak sungai.

“Apa yang diusahakan ini semata-mata mahu memperkenalkan kepada pelancong luar Terengganu dan kepada generasi akan datang,”katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains,Teknologi dan Tranformasi Negeri. 


Beliau berkata demikian pada Majlis Penutup Kejohanan Mountain Bike Batangan Jamboree 2016, di Kampung Batangan, Seberang Marang, hari ini.

Hadir sama, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang, Dato' Nik Dir Nik Wan Ku dan Pengurus Promosi Sekretariat Beautiful Terengganu,Ahmad Fathil Abdul Ghani.

A. Latif berkata, kejohanan yang julung kali dianjurkan itu akan dijadikan sebagai aktiviti tahunan dengan menjangkakan lebih ramai penyertaan pada tahun hadapan, termasuk peserta luar negara.

“Apa yang membanggakan, sebanyak 35 syarikat tempatan dan luar Terengganu tampil memberi sumbangan untuk bersama-sama  menjayakan kejohananan anjuran kerajaan negeri melalui  Sekretariat Beautiful Terengganu, “ katanya. - teganukite.net

Related Posts:

  • Orang Ramai Teruja Saksi Perlumbaan LTdL Penutupan beberapa jalan utama secara berperingkat di sekitar Bandar Raya Kuala Terengganu bagi memberi laluan kepada perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2017 yang membuka tirai kejohanan bermula hari ini, tidak mengha… Read More
  • Kuala Berang Jadi Venue LTdL Peringkat Pertama Kejohanan lumba basikal berprestij, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2017 kembali menggegar Kuala Berang sebagai venue pelepasan peringkat pertama bagi acara pembukaan kejohanan edisi ke-22 itu, hari ini.Timbalan Menteri Komunik… Read More
  • Dua Pelumba TSG Cipta Kejayaan Di Laman Sendiri Amirull mencipta sejarah apabila muncul sebagai raja bukit pertama dari Malaysia sejak LTdL dianjurkan bermula 1996. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim. Pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Nur Amirull Fakhruddin Mazuki… Read More
  • JPPH Dalam Proses Kumpul Data Nilai Tanah Projek ECRL Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) Negeri Terengganu kini dalam peringkat awal mengumpul data  bagi melihat jajaran terlibat untuk  proses pengambilan tanah di seluruh Terengganu bagi membang… Read More
  • TSG Sasar Juara Peringkat Pertama LTdL Esok Anuar Manan yang mewakili TSG bakal memulakan perlumbaan LTdL bermula esok di Kuala Berang. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim. Pasukan Terengganu Cycling Team (TSG) meletakkan sasaran untuk memenangi persaingan peringka… Read More

Demi Masa

AHAD, 16 Mac 2018
10:05 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74667
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan