Saturday, 24 December 2016


Minat yang mendalam terhadap dunia teknologi maklumat (IT) membuatkan seorang guru dari sekolah Kebangsaan Kubu, Marang, sentiasa inovatif bagi memanfaatkan persekitaran pembelajaran virtual (VLE) untuk kemudahan murid-murid serta guru di sekolahnya.

Guru berkenaan, Kamariah Awang, 34, yang kini menetap di Pulau Kerengga, Marang, dilantik sebagai pentadbir  VLE sekolah, berjaya mengaplikasikan penggunaan buku rekod pelawat dan kemasukan data  rekod rancangan makanan tambahan (RMT) secara atas talian serta beberapa aplikasi lain yang boleh menggunakan pautan dan  diakses menggunakan telefon pintar di mana-mana sahaja.

Inisiatif beliau mendapat pengiktirafan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Pejabat Pendidikan Daerah Marang serta pihak pengurusan sekolah untuk menamakan beliau menerima anugerah Guru Advokasi Emas Peringkat Kebangsaan, dalam majlis di Hotel Majestic, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Turut memenangi pengiktirafan di majlis yang sama, guru dari SK Tok Dir, Kuala Terengganu,  Rosman Abadi Abdul Razak dan guru SK Sultan Mahmud 2, Besut, Wan Shahida Wan Abdullah, masing-masing memenangi 1BestariNet Teacher Awards dan Vinnie Chan Award. Hadir sama, Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin.


“Kejayaan itu menjadi batu loncatan untuk saya menggunakan kemahiran dan pengalaman bagi memastikan semua pelajar dan guru, bukan sahaja di sekolah saya, malah di seluruh Terengganu dan juga mana-mana sekolah mampu menguasai VLE dengan lebih efisien.

“Pihak Frog sendiri menzahirkan rasa kagum kerana biarpun kekangan perkhidmatan internet kerana faktor  jarak sekolah di luar bandar  tidak menghalang pelajar dan guru sekolah saya memanfaatkan penggunaan IT dalam beberapa aktiviti an aplikasi secara optimum,”katanya kepada Teganukita.

Selain kejayaan di pentas negara itu, Kamariah yang turut pernah menerima Anugerah Guru Penyelaras ICT Inovatif, di SK Taman Permata,Selangor (2014), Guru Inovatif  2016 peringkats sekolah dan juga daerah dan membawa sekolah memenangi Anugerah Kecemerlangan  Sekolah terbaik bagi pembudayaan Frog VLE 2016, beriltizam untuk terus menyumbang kemahiran dan ilmunya secara meluas menggunakan Frog VLE.

Dia yang kini sedang menyambung pengajian Sarjana Sains IT mengkhusus Sistem Multimedia bakal menyiapkan tesis yang memfokuskan kaedah  penggunaan multimedia yang lebih interaktif dan terbaik dalam pembelajaran di kalangan kanak-kanak.

Tambah ibu kepada dua cahayamata itu lagi, pengiktirafan anugerah emas itu juga menjadi platform untuknya berkongsi pengalaman dan mencari inisiatif mendapatkan kerjasama pihak FrogAsia Sdn Bhd, yang bersetuju untuk meninjau dan menilai tahap capaian internet di kawasan sekolahnya supaya dapat ditambah baik. 

1BestariNet merupakan projek inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama syarikat swasta, iaitu YTL Communication Sdn. Bhd. dalam usaha mewujudkan tadbir urus, pengajaran dan pembelajaran serta kolaborasi yang bersepadu di dunia maya menerusi portal Frog VLE.

Visi 1BestariNet adalah mentransformasikan platform pendidikan di Malaysia di samping merapatkan jurang digital antara murid kawasan bandar dan luar bandar dengan menyediakan infrastruktur pendidikan digital yang berkualiti kepada seluruh rakyat Malaysia, amnya.

Frog VLE pula suatu sistem pembelajaran maya berasaskan web bagi seluruh warga sekolah, khususnya kepada para pelajar, ibu bapa dan guru. - teganukite.net

Related Posts:

  • Bas Amfibia Selamat Tiba Bas Amphibia atau bas dua alam yang dibeli oleh Kerajaan Negeri Terengganu dikatakan telah dihantar dan sudah berada di Malaysia. Sebelum ini Bas Amfibia itu menjadi tajuk panas di semua dada akhbar dalam negara akibat m… Read More
  • KTS Tawar Perkhidmatan Terbaik Hospital KTS menjanjikan perkhidmatan terbaik kepada pesakit dan pengunjung. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail. Hospital Pakar Kuala Terengganu (KTS) yang mula beroperasi di bangunan baru terletak di Jalan Sultan Ma… Read More
  • Jejambat Bukit Tumbuh Lancarkan Lalu Lintas Ahmad Razif ketika merasmikan Majlis Pelepasan Trafik Jejambat Di Bukit Tumbuh, Kuala Nerus, baru-baru ini. Dakwaan pembangkang  yang  menyatakan pembinaan jejambat Bukit Tumbuh, Kuala Terengganu yang beropera… Read More
  • Terengganu Terpilih Sertai TMM2020 Foto oleh : Zulkipli Putra Terengganu membuat persiapan rapi bermula tiga tahun dari sekarang bagi menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2020 (TMM 2020) sebagaimana yang diisytiharkan Perdana Menteri.Menteri Besar, Dato' … Read More
  • Restoran Konsep Kapal Terbang Bakal Dibina Gerbang Galeri Pelancongan yang terletak di Jalan Lapangan Terbang, Kuala Nerus bakal diberi nafas baru bagi menarik lebih ramai pengunjung dalam masa terdekat.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif  Abd Rahman berkata… Read More

Demi Masa

AHAD, 16 Mac 2018
10:15 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74667
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan