Wednesday, 2 May 2018


Oleh : Ezzuan Ahmad

Pertembungan tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN), Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Dewan Undangan Negeri  (DUN) Chukai  dilihat akan memberi kelebihan kepada BN untuk merampas semula kerusi berkenaan daripada Pas.

Ketua UMNO Bahagian Kemaman, Dato' Seri Ahmad Said berkata, sebarang kemungkinan mungkin akan berlaku seperti mana yang terjadi kepada Pas apabila ramai penyokongnya yang berpaling tadah menyertai Pakatan Harapan kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan parti tersebut

"Situasi tersebut akan memberi kelebihan kepada BN di mana pengundi Pas pada pilihan raya sebelum ini memberikan undi kepada PKR sekali gus menyebabkan undi pas itu sendiri merosot.

"Kemerosotan undi yang berlaku antara Pas dan Pakatan Harapan itu akan membolehkan BN mempertahankan kerusi DUN Chukai dan semua kerusi lain yang dipertandingkan dalam Parlimen Kemaman," katanya.


Beliau ditemui selepas menghadiri program Mesra Rakyat bersama Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), di Dewan Sivik, Bandar Seri Bandi, Kemaman, hari ini.

Menurut Ahmad lagi, BN mempunyai kelebihan di kawasan yang mempunyai penyokong tetap dan itu antara indikator kejayaan BN pada kali ini.

Beliau yang juga calon bagi kerusi DUN Kijal berkata, perpecahan yang berlaku di dalam Pas sememangnya dilihat dapat membantu meningkatkan majoriti undi untuk BN.

Tambah beliau, tumpuan kempen juga akan dipergiatkan di semua kawasan penempatan Felda khususnya dalam DUN Air Putih dan Kemasik bersama-sama calon mereka iaitu Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar dan Ir Rosli Othman.

"Kita akan memastikan gerak kerja jentera parti lebih agresif dengan meneruskan usaha untuk mencapai kemenangan di semua lima kerusi yang akan dipertandingkan di daerah ini,"katanya. - teganukita.net

Related Posts:

  • Kesedaran Elak Guna Polisterin Mulai Februari ini Zainal menunjukan barangan terpakai yang berjaya dikumpul. Foto Zulkifli Putra  Kempen kesedaran penggunaan polisterin bakal dikuatkuasakan di semua premis makanan dan kafe di bangunan kerajaan serta pihak berkua… Read More
  • Tasik Kenyir Sajikan Acara Menarik Sepanjang 2018 Pelbagai aktiviti dan program dirangka di Tasik Kenyir bagi menarik lebih ramai pengunjung ke sana.Pengurus Pelancongan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Ahmad Fathil Abd Ghani berkata, dengan pertambahan bila… Read More
  • BN Terengganu Jangka Menang Besar Wan Abdul Hakim UMNO dan Barisan Nasional (BN) mampu mencapai kemenangan besar dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) bagi mempertahankan dan mengukuhkan lagi kerajaan sedia ada.  Ketua Penerangan UMNO negeri, W… Read More
  • Ghazali Sertai Kawat Ziarah 'Pok Him Bernama' Program Ziarah Kasih yang digerakkan Kelab Wartawan Media Terengganu (Kawat) mendapat perhatian Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia & Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib apabila turun padang menyertai ku… Read More
  • 50 Peratus Kuota Kediaman Untuk Orang Melayu Mohd Jidin bersama peserta Seminar Pembangunan Srata, di Sumai Hotel, Kuala Terengganu, Foto Harish Fadzillah Kassim. Kerajaan melalui Dasar Perumahan Negeri menetapkan  kediaman yang mempunyai lebih 200 unit akan … Read More

Demi Masa

SELASA, 24 Jun 2018
10:27 PM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

75797
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan