Tuesday, 23 January 2018
-
January 23, 2018
-
ketuapkp
-
PELANCONGAN , UTAMA
Pelbagai aktiviti dan program dirangka di Tasik Kenyir bagi menarik lebih ramai pengunjung ke sana.
Pengurus Pelancongan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Ahmad Fathil Abd Ghani berkata, dengan pertambahan bilangan pengunjung saban tahun ke Tasik Kenyir, aktiviti-aktiviti baru turut dirancang selain menambahbaik program sedia ada di pusat pelancongan tersohor itu.
Katanya, antara program yang sudah dirangka dalam masa terdekat adalah Kenyir Act Tourism Seminar dan Bengkel Promosi Pemasaran & Penjanamaan Tasik Kenyir pada Februari ini.
"Selain itu pihak Ketengah juga telah merangka Kursus Pemandu Pelancong Alam Semulajadi Kepada Penggiat Pelancongan dan Penduduk Setempat di Tasik Kenyir pada Mac ini.
"Ianya bertujuan untuk kita nak lebih ramai komuniti yang melibatkan diri dalam pelancongan supaya mereka boleh menjana pendapatan," katanya kepada Teganukita.
Beliau ditemui ketika ditemui di Festival Persatuan Pelancongan Dalam Malaysia (MITA) 2018 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur, semalam.
Tambahnya, 'houseboat' di Tasik Kenyir juga sudah habis ditempah bagi musim cuti sempena Tahun Baru Cina tidak lama lagi.
"Buat masa sekarang, permintaan terhadap houseboat sangat tinggi terutamanya pada musim cuti menyebabkan pengunjung perlu membuat tempahan lebih awal.
"Pihak kami juga dalam proses untuk meningkatkan mutu perkhidmatan 'houseboat' bagi memberi kepuasan kepada pengunjung yang hadir," katanya.
Dalam pada itu, Fathil berkata, Ketengah juga sedang giat mempromosikan produk pelancongan yang berada di dalam wilayahnya seperti Bukit Besi, Tasik Puteri, Hutan Lipur Chemerong dan pelbagai lagi sebagai destinasi pilihan untuk diterokai oleh pelawat dari dalam dan luar negeri. - teganukite.net
Related Posts:
Hotel Di Pulau Poh Dijangka Siap Hujung 2018 Hotel lapan tingkat di Pulau Poh, Tasik Kenyir yang sedang dibina bakal siap sepenuhnya menjelang hujung 2018.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, hotel dilengkapi 150 bilik tersebut mengikut jadual ya… Read More
Terengganu Bakal Buka Pavilion Pelancongan Di Bandar Huaxi, China Menteri Besar bersama isteri, To' Puan Seri Halina Zakaria mencuba menyediakan masakan tradsional masyarakat peranakaan Cina di Festival Peranakan Negeri Terengganu 2017, di Kampung Cina, malam tadi. Foto oleh Zulkifli CW … Read More
50 Warga Singapura Sertai Korban Perdana Di Terengganu Tun Ahmad Faisal bersama ketua rombongan, Rogayah dan sebahagian dari peserta yang akan menyertai ibadah korban esok. Foto oleh Harish Fadzillah Kassim. Seramai 50 pelancong muslim dari Singapura dijangka akan menyertai… Read More
Beberapa Pihak Pohon Jadi Pengendali Kemudahan Pelancongan Di Tasik Kenyir Menteri Besar bersama kenamaan lain melancarkan Festival Kenyir 2017, di Pengkalan Gawi, Hulu Terengganu, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail Kerajaan negeri sedang menimbang permohonan daripada beberapa… Read More
300 Peserta Meriahkan Program Berakit Merdeka Selusuri Sungai Terengganu Deretan rakit yang dihias indah dengan Jalur Gemilang dan bendera negeri sempena Program Berakit Merdeka Menyusuri Sungai Terengganu, di Dataran Pulau Warisan. Foto oleh Harish Fadzillah Abu Kasim Seramai 300 peserta da… Read More