Tuesday, 23 January 2018

Zainal menunjukan barangan terpakai yang berjaya dikumpul. Foto Zulkifli Putra 


Kempen kesedaran penggunaan polisterin bakal dikuatkuasakan di semua premis makanan dan kafe di bangunan kerajaan serta pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini berkuatkuasa Februari ini.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Zainal Abidin Hussin berkata  pihaknya akan mengedarkan notis kepada semua pengusaha dalam tempoh terdekat sebagai usaha menggunakan alternatif lain bagi membungkus makanan.

Katanya, langkah itu merupakan fasa pertama di Terengganu dan bakal dimulakan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri  dalam usaha mengurangkan penggunaan produk itu yang pastinya sukar diurai dan memberi kesan kepada alam sekitar.

“Larangan penggunaan polisterin akan diperluaskan secara menyeluruh  ke semua premis makanan di negeri ini termasuk bangunan swasta pada fasa seterusnya,”katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Kitar Semula sempena Program Pemerkasaan Amalan Reduce, Reuse, Recyle (3R) di perkarangan Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.

Hadir sama Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) cawangan Terengganu, Sharudin Hamid.

Zainal turut memberitahu, melalui program itu, setiap penjawat awam di Wisma Darul Iman digalakkan membawa barangan terpakai untuk dijual kepada pengusaha barangan terpakai.

 “Setiap kilogram barangan akan dikira dan dinilai untuk  meraih hadiah di mana bagi kategori  jabatan yang berjaya mengumpul barangan plastik, kertas atau lain-lain terbanyak masing-masing layak memperoleh wang tunai RM2,000.


“Manakala bagi kategori indiviidu bakal menerima wang tunai sekali ganda daripada nilai barangan yang dijual atau maksimum RM1,000. Keputusan pemenang akan diumumkan dalam Majlis Perhimpuan Bulanan Warga WDI,”katanya.

Menurut Zainal, pihaknya menetap hari Isnin minggu pertama dan isnin minggu terakhir pada setiap bulan bagi memudahkan penjawat awam dan orang ramai menghantar barangan terpakai di perkarangan WDI.

“Pertandingan seumpama ini  akan diperluaskan ke jabatan lain dan PBT di seluruh Terengganu sebagai galakan menjaga kebersihan persekitaran kerja,”katanya. - teganukite.net

Related Posts:

  • Pelayaran Ehsan APMM Selamat Bawa Dua Calon SPM Kebimbangan dua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak dapat menduduki kertas akhir peperiksaan esok, berakhir apabila mereka diselamatkan bot peronda Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang melancarkan ope… Read More
  • 25 Pengkalan Hadapan Setiu Sedia Hadapi Banjir Mohd Khairul meninjau kelengkapan harian di pangkalan hadapan banjir di Daerah Setiu.  Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Setiu mengagihkan bekalan makanan dan kelengkapan harian di semua pangkalan hadapan daerah seb… Read More
  • Ibu Dalam Pantang Diselamatkan Dalam BanjirSeorang ibu sempat menyelamatkan menantunya yang sedang berpantang sejak lima hari lalu, di rumahnya ke kawasan selamat selepas kediaman mereka di Kampung Kuala Ping, Hulu Terengganu, mula dinaiki air malam tadi.Siti Mat Zin … Read More
  • Dua Calon SPM Terkandas Di Pulau Perhentian Dua pelajar dari Pulau Perhentian, Besut kemungkinan tidak dapat meneruskan kertas terakhir peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dijadualkan esok, akibat terkandas di pulau berikutan cuaca buruk pada masa kini.P… Read More
  • Jangan Sebar Khabar Angin Berkaitan Banjir - Jailani Jailani melihat demontrasi yang dilakukan oleh pihak bomba dalam operasi menyelamat ketika banjir Orang ramai diingatkan agar tidak menyebarkan khabar angin atau maklumat tidak benar melalui media sosial seperti 'Facebo… Read More

Demi Masa

ISNIN, 23 Jun 2018
3:30 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

75772
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan