Wednesday, 2 May 2018
Oleh : Ezzuan Ahmad
Keputusan PKR untuk meletakkan calon yang tidak dikenali bagi kerusi P040 Parlimen Kemaman untuk melawan penyandang, Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek dilihat tidak akan memberikan cabaran besar untuk BN mengekalkan kerusi itu.
Ketua UMNO Bahagian Kemaman, Dato' Seri Ahmad Said berkata, meskipun calon tersebut merupakan anak jati Kemaman, namun penglibatannya di dalam politik di daerah itu tidak menonjol.
"Penyandang sekarang dilihat sebagai calon pilihan kerana sudah banyak membawa perubahan di Daerah Kemaman.
"Saya lihat parti ini perlu mempunyai 'grass root ' orang yang terkenal, orang yang memberi khidmat di kawasan itu dan memang orang pun dah kenal siapa itu Shabery Cheek," katanya.
Beliau ditemui selepas menghadiri program Mesra Rakyat bersama Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), di Dewan Sivik, Bandar Seri Bandi, Kemaman, hari ini.
Menurut Ahmad, situasi tersebut dapat dilihat pada proses penamaan calon pada Sabtu lalu apabila hanya sekitar 300 orang penyokong PKR memberikan sokongan berbanding parti lain.
"Dia (calon PKR) kebanyakan masa dia berada di Kuala Lumpur dan sekiranya dipilih adakah dia sentiasa bersama rakyat apabila diperlukan? Tidak, "katanya.
Ahmad turut berkeyakinan bahawa pengundi di Kemaman sudah matang dalam menilai dan memilih calon yang terbaik untuk membawa perubahan lebih pesat di daerah tersebut .
Tambahnya, kemajuan dan pembangunan sudah dibuktikan oleh Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek sepanjang bergelar menteri. - teganukita.net
Related Posts:
BN Tanggung Tunggakan Cukai Akibat Janji PAS Kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu terpaksa membayar tunggakan cukai pintu selama lima tahun kira-kira RM26 juta kepada Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) selepas berjaya mengambil alih semula negeri pada Pi… Read More
PRU14: Hanya BN Memahami Kehendak Rakyat Manifesto Barisan Nasional (BN) merupakan manifestasi kehendak rakyat dalam mencapai kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kali ini.Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Terengganu, Ten… Read More
TPM Hadir Perjumpaan Tertutup Di Hulu Terengganu Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menghadiri perjumpaan tertutup pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) Hulu Terengganu, di Bangunan UMNO Hulu Terengganu, di Kuala Berang, hari ini.Naib Presi… Read More
PRU14 : Sokong Siapa Sahaja MB Selepas Ini Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berikrar akan terus memberi sokongan penuh kepada sesiapa sahaja yang bakal dilantik menjadi menteri besar selepas Barisan Nasional (BN) berkuasa semula di negeri itu selepas… Read More
PRU14: Biarlah Qada Dan Qadar Yang Menentukan-Rozi Tersenarai atau tidak sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tidak menjadi satu persoalan dan saya berserah kepada qada dan qadar, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telemong, Dato' Rozi Mamat.Beliau yang ju… Read More