Sunday, 20 May 2018

Wisma Darul Iman, pusat pentadbiran negeri.

Enam pegawai tadbir negeri Terengganu ditukarkan ke jawatan baharu berkuatkuasa 16 Mei lalu.

Pertukaran yang dinyatakan dalam surat yang ditandatangani Pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya bertarikh 16 Mei itu melibatkan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Zainal Abidin Husin yang mengisi kekosongan jawatan Pengarah Pejabat Tanah dan Galian dan Setiausaha Sulit Kanan YAB Menteri Besar, Md Kamaru Al-Amin Ismail ditukarkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif TESDEC dan jawatan itu kini digantikan Ketua Penolong Pentadbir Tanah Setiu, Azran Amin Mazlan.

Manakala Setiusaha Khas Kepada YAB MB, Ahmad nizam Abd Karim  ditukarkan untuk mengisi kekosongan Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Masyarakat) Hulu Terengganu; Pegawai Khas Kepada YAB MB, Fatima Az Zuhra Aziz pula ditukarkan ke jawatan Penolong Setiausaha Pembangunan Sumber Manusia) Majlis Agama dan Adat Melayu Terengganu dan Setiausaha Akhbar Kepada YAB MB, Wan Nabila Aisha Wan Bakhri pula mengisi kekosongan jawatan Pegawai Korporat Dan Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Dungun. - teganukita.net

Related Posts:

  • UniSZA, MAIDAM Bantu Lebih 1,000 Penuntut Miskin Pengurus BIMB,Wan Rosita menyerahkan sumbangan zakat kepada Naib Canselor UniSZA, Dato' Dr Ahmad Zubaidi sambil disaksikan oleh Yang Dipertua MAIDAM, Dato' Osman Muda  Lebih 1,000 penuntut UniSZA bagi kategori miskin … Read More
  • Bomba Iktiraf Pemanggil Pertama KBC Terbakar Nurul Najihah  Seorang wanita tidak menyangka akan diberikan penghargaan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) apabila menjadi pemanggil pertama bagi melaporkan kejadian kebakaran tangki minyak mentah Ke… Read More
  • TDM Buka Kilang Baja Bio-Organik Automasi Pertama Di Malaysia Ahmad Samsuri melihat pokok lada yang menggunakan baja TDMBIO. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail  TDM Berhad anak syarikat milik kerajaan negeri yang berteraskan industri kelapa sawit melakar satu lagi sejarah perkem… Read More
  • Sasaran PITAS 2030 Realistik Ahmad Samsuri ketika berucap di Majlis Ucap Negeri Terengganu Tahun 2018 di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu Kasim Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menyifat… Read More
  • `Jangan Beritahu Saya Isteri Menteri Besar' - MB “Pesanan saya kepada beliau supaya pergi (Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Terengganu) sebagai rakyat dan jangan pergi beritahu saya isteri Menteri Besar, tentulah mendapat layan `first class’. Pergi sebagai rakyat bias… Read More

Demi Masa

ISNIN, 17 Mac 2018
1:12 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74675
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan