Sunday, 20 May 2018

Dr Samsuri mengagihkan bubur lambuk kepada orang ramai. Foto Harish Fadzillah Kassim
Operasi Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di negeri ini akan berjalan seperti biasa dalam proses peralihan kuasa yang berlaku.

Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, rakyat tidak perlu bimbang dengan dakwaan kononnya operasi agensi yang ditubuhkan Kerajaan Persekutuan ketika zaman pemerintahan Barisan Nasional (BN) itu bakal ditutup kerana persoalan tersebut tidak pernah dibincangkan kerajaan negeri di bawah Pas

Bagaimanapun beliau tidak menolak kemungkinan yang operasi Tabika Kemas itu akan terus diperkasakan di masa depan sekiranya tiada sebarang keputusan dimuktamadkan.

"Apa yang kita bincang di peringkat pentadbiran kerajaan negeri ketika ini adalah perkara yang lebih penting untuk masyarakat dan isu mengenai Tabika Kemas tidak menjadi keutamaan dalam perbincangan itu.

"Kita biarkan semua proses berjalan seperti biasa sebab di awal ucapan saya semasa istiadat angkat sumpah lalu, saya ingin memastikan sebarang penambahbaikan yang dibuat kelak tidak menimbulkan rasa tidak senang dalam masyarakat terutama dalam isu-isu pendidikan anak-anak, " katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas majlis pengagihan bubur lambuk di Masjid Abidin, Kuala Terengganu, petang semalam

Hadir sama, isterinya, Tuan Faizah Tuan Abdul Rahman; Timbalan Setiausaha Kerajaan negeri (Pengurusan), Zainal Abidin Hussin; Pengarah Tanah dan Galian negeri, Datuk Wan Mohd. Wan Ibrahim dan Imam Besar Terengganu, Aizi Saidi Abdul Aziz.

Dalam majlis itu, sebanyak 2,000 bekas bubur lambuk yang disumbangkan kerajaan negeri diagihkan secara percuma kepada orang ramai sempena bulan Ramadan.

Aizi Saidi berkata, agihan bubur lambuk itu bermula pukul 3.30 petang itu merupakan acara tahunan di Masjid Abidin sejak lapan tahun lalu.

"Setiap hari kita akan mengagihkan 2,000 bekas bubur lambuk kepada masyarakat sehingga hari ke-28 Ramadan.

"Orang ramai yang datang bukan sahaja dalam kalangan umat Islam tetapi bangsa-bangsa lain kerana ramai mengatakan bubur lambuk di sini lebih enak berbanding di tempat lain," katanya. - teganukita.net

Related Posts:

  • Zakat Terkumpul Maidam RM27 Juta Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) menerima pungutan zakat berjumlah RM27,067,335.49 sepanjang empat bulan pertama tahun ini. Yang Dipertua Maidam, Dato’ Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata, pihaknya… Read More
  • Masjid UniSZA Sedia Cermin Mata Wakaf Masjid Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menjadi masjid pertama di Terengganu menyediakan sebanyak 50 cermin mata bagi diwakafkan kepada jemaah dalam usaha membantu menyelesaikan masalah jemaah yang mengalami rabun… Read More
  • Galak Ibu Tunggal Ceburi Bidang Keusahawanan Golongan ibu tunggal di negeri ini perlu berani untuk menceburi bidang keusahawanan dalam usaha mengubah nasib keluarga seterusnya keluar daripada kepompong kemiskinan. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wan… Read More
  • 3,000 Anak Perantau DUN Pengkalan Berangan Dirai Seramai 3,000 anak perantau di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Berangan diraikan dalam Sambutan Hari Raya Perantau di Kediaman ADUN Pengkalan Berangan, malam tadi.A. Latiff Awang yang juga Pengerusi Jawatankuasa… Read More
  • Koguru Buka Peluang Ikuti Umrah Musim Sejuk Koperasi Warga Pendidikan Terengganu Berhad (Koguru) membuka peluang kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti pakej umrah musim sejuk pada bulan Disember 2017 yang masih mempunyai kekosongan. Pengerusinya Alias Yah… Read More

Demi Masa

SELASA, 18 Mac 2018
5:21 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74698
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan