Monday, 26 March 2018
Kerajaan negeri menyerahkan bantuan RM100,000 kepada Kelab Sahabat N87 Negeri Terengganu bagi pengurusan kelab dan persiapan menjelangnya Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Daripada jumlah itu, RM10,000 diagihkan kepada Kelab Sahabat N87 setiap daerah, manakala RM20,000 kepada kelab negeri.
Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, dengan peruntukan itu pihaknya berharap kelab berkenaan akan terus menjalankan program yang bermanfaat serta bersama-sama menyokong perjuangan Barisan Nasional (BN) supaya terus kekal mentadbir negeri dan negara.
"Saya berharap ahli-ahli kelab Sahabat N87 kuatkan semangat untuk terus berjuang bagi memastikan kelangsungan BN pada PRU14.
"Calon sudah ada.. yang pasti kita perlu bekerja keras untuk memastikan kita mampu menang dua pertiga majoriti kerusi DUN negeri dan juga dua pertiga peringkat Pusat,"katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Genderang Perang PRU14 'Antara Realiti & Fantasi' Terengganu Molek Doh! Kelab Sahabat N87 di Kediaman Seri Iman, Kuala Terengganu, malam tadi.
Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong dan Pengerusi Kelab Sahabat N87 Negeri Terengganu, Dato' Seri Abdul Rahman Bakar.
Ahmad Razif berkata, sampai masanya pada PRU14 nanti, BN mampu merampas semula 11 lagi kerusi DUN dan empat kerusi Parlimen.
Menurutnya lagi, kemenangan itu akan menambah 15 lagi wakil rakyat BN sekali gus mengukuhkan pentadbiran dengan suara majoriti. - teganukita.net
Related Posts:
1,000 Anak Pekebun Kecil Getah Terima Bantuan Sekolah Hampir 1,000 anak pekebun kecil getah di Terengganu mendapat manfaat apabila Yayasan Risda dan Yayayan Taqwa menyumbang pakaian seragam sekolah menjelang pembukaan persekolahan 2018. Pengerusi Jawatankuasa Kemajua… Read More
Wanita Lumpuh Harap Nasib Terbela Hampir lapan tahun saya terlantar, hanya mampu bergerak menggunakan kerusi roda dan tidak dapat bertutur seperti dahulu sejak diserang strok dan lumpuh hampir seluruh badan, kata Faridah Othman ,49 dari Kampung Bukit Apit,… Read More
Puteri Hulu Terengganu Rai 50 Pelajar Kembali Ke Sekolah Seramai 50 pelajar sekolah Parlimen Hulu Terengganu menerima bantuan persekolahan percuma sempena program 'Back To School' program anjuran Puteri UMNO Hulu Terengganu. Ketuanya, Rozita Ismail berkata, setiap pelajar mener… Read More
Pelajar Cemerlang KKYT Lupakan Hasrat Ke Universiti Ghazali bersama bekas pelajar KKYT selepas Majlis Konvokesyen Kali ke 5 KKYT di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, Foto Tengku Syamim Tengku Ismail “Saya terpaksa mengenepikan impian untuk menyambung pelajaran … Read More
Felda Belara Bakal Jadi Bandar Baharu - Ahmad Razif Ahmad Razif ketika bersama penduduk Felda Belara ketika program turun padang bersama Menteri Besar di Felda itu, semalam. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail Kerajaan negeri berharap masyarakat Felda … Read More