Monday, 30 April 2018



Calon Barisan Nasional (BN) DUN N18 Bukit Payung, To' Puan Zaitun Mat Amin berikrar untuk membalas kepercayaan pucuk pimpinan parti terhadap beliau dengan menakluki semula kerusi kawasan itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sekali gus membaiki segala kelemahan yang tidak diendahkan oleh pembangkang di kawasan itu selama ini.

Menurutnya, selama dua penggal rakyat terkapar-kapar dan tidak mempunyai hala tuju untuk meringankan beban serta memudahkan urusan mereka sejak BN tewas pada PRU12 dan PRU13 yang lalu.

"Namun begitu Kerajaan BN tetap akan membantu rakyat dengan memberi pelbagai inisiatif melalui Pegawai Pembangunan DUN untuk menangani isu rakyat...jadi sangat rugi kalau tidak merampasnya daripada Pas yang tidak menjaga kebajikan rakyat.

"Oleh sebab itu, sekiranya diberi mandat sebagai wakil rakyat pada PRU14 nanti, saya akan meletakkan satu asas untuk memastikan usaha-usaha tambahan daripada pembangunan sedia ada jajaran pendidikan melalui pertumbuhan pusat-pusat pengajian atau universiti di persekitaran Bukit Kor.

"Termasuk juga pembangunan kawasan industri yang sudah pasti memberi impak yang baik kepada pertumbuhan kawasan Industri Kecil Sederhana (IKS) dan sebagainya,"katanya.

Beliau bercakap kepada Teganukita selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Belia dan Beliawanis DUN Bukit Payung, di Hotel Permai Inn, Kuala Terengganu, semalam.

Zaitun berkata, Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) turut membawa manfaat besar kepada rakyat yang akan mengubah landskap ekonomi dan kehidupan rakyat seluruh Pantai Timur terutama penduduk sekitar Bukit Payung yang turut menerima limpahan projek berimpak tinggi tersebut.

"Kita akan lihat makin banyak peluang pekerjaan akan terhasil daripada projek ECRL dan yang menikmatinya adalah rakyat terutama belia di kawasan ini serta pelbagai nikmat yang muncul daripada pembangunan yang pantas.

"Untuk anak muda, Transformasi Negara 50 (TN50) akan memfokuskan pembangunan anak muda dalam aspek pekerjaan dan perumahan dan banyak lagi peluang-peluang keemasan jika BN diberi peluang untuk merampas kembali DUN Bukit Payung pada 9 Mei ini,"ujarnya.

Pada masa yang sama, beliau akan berusaha untuk menjayakan Terminal Agro yang terbengkalai setelah Pas mengambil alih Bukit Payung pada PRU12 dahulu jika diberi mandat  pada PRU14. - teganukita.net

Related Posts:

  • PRU14 : Sengketa Itu Biasa, Tidak Jejas Parti Idris Oleh: Ezzuan AhmadProtes yang berlaku pada segelintir ahli UMNO pada pengumuman calon untuk bertanding dalam pilihan raya adalah perkara kecil dan biasa berlaku di mana-mana.Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato' Seri Idr… Read More
  • PRU14 : Pembangkang Hanya Tabur Janji Kosong Oleh : Ezzuan AhmadPembangkang dilihat tidak membawa sebarang pembangunan dan hanya pandai menabur janji-janji kosong setiap kali tibanya pilihan raya.Calon Barisan Nasional (BN) Paka, Tengku Hamzah Tengku Deraman berkata, … Read More
  • PRU 14: Masyarakat Cina Perlu Sokong BN Ahmad Razif menyampaikan sumbangan kepada salah seorang ibu tunggal. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail Masyarakat termasuk kaum Cina di negeri ini perlu terus memberi sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi … Read More
  • PRU14 : Ambil Semangat Gelombang Biru Oleh : Ezzuan AhmadRakyat diminta membuat pemilihan yang tepat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) untuk mengekalkan kemakmuran serta pembangunan yang dikecapi sekarang.Calon BN Parlimen Dungun, Dato'  Din Adam berkat… Read More
  • PRU14 : Mohamed Nafi Dakwaan Sabotaj Parti Mohamed ketika menjelaskan isu mengenai dakwaan terhadap beliau kepada media. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail. Calon Barisan Nasional (BN) Chukai, Dato’ Mohamed Awang Tera tampil untuk membersihkan namanya yang did… Read More

Demi Masa

JUMAAT, 18 Julai 2018
8:58 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

76143
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan