Monday, 30 April 2018


Rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh sewajarnya menilai kembali perubahan dan pembangunan yang dilaksanakan sepanjang pemimpin pembangkang mengambil alih kawasan itu selepas memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Nerus, Dato' Basir Ismail berkata, penilaian yang dibuat perlu tepat, adil dan berfokus kerana setiap prasarana yang dibangunkan seperti pembinaan jalan raya dan  perumahan dilaksanakan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN).

Katanya, walaupun menyedari kawasan itu dipimpin pembangkang, Keraajaan BN tetap setia melaksanakan tanggungjawab untuk rakyat.

“Sebagai contoh, perubahan ketara yang sudah dinikmati penduduk di kawasan itu adalah pembinaan jalan raya  bermula dari Gemuroh menghala ke Manir-Banggol Tuan Muda kemudian melintasi Kampung Pulau Sekati- Losong dan seterusnya boleh ke Pusat Bandar Kuala Terengganu.

“Sejak perasmian jalan itu dan juga pembukaan Lebih Raya Pantai Timur II dua tahun lalu, peniaga kedai makan, kedai buah, pasar basah dan pasar malam semakin mendapat sambutan orang ramai,” katanya kepada Teganukita, di Pusat Media PRU14, Kuala Terengganu, hari ini.

Menurut Basir, apa yang membanggakan ada penduduk lain turut bersama-sama membuka perniagaaan kecil-kecilan sepanjang laluan itu selepas melihat peniaga sedia ada yang juga rakan sekampung bertambah maju.

“Perkara itu, pastinya dapat menambah pendapatan penduduk setempat melalui perniagaan yang dijalankan,” katanya.

Apabila bercakap mengenai perkhidmatan yang ditawarkan kepada rakyat di kawasan itu, calon BN DUN Tepoh itu berkata,  beliau berkata masih belum berpuas hati kerana banyak perkara yang perlu ditambah baik terutama berkaitan prasarana, kemudahan sukan dan perumahan.

“Oleh itu, saya ingin berpesan kepada rakyat di Tepoh, buatlah pilihan yang terbaik pada PRU14 nanti  untuk kelangsungan kemajuan dan perubahan di Tepoh,” katanya. - teganukita.net

Related Posts:

  • Bertuah Terpilih Tunai Haji Ahmad Razif meraikan bakal jemaah haji pada Majlis Meraikan Bakal Jemaah Haji Parlimen Kuala Nerus, di Hotel Tabung Haji, Foto Zulkifli Putra “Saya menganggap diri antara insan paling bertuah kerana turut dipilih Allah … Read More
  • Lebih 100,000 Penduduk Mohon Rumah Mampu Milik Kerajaan negeri menerima lebih 100,000 permohonan bagi mendapatkan Rumah Mampu Milik (RMM) di negeri ini berbanding hanya  8,065 unit yang ditawarkan di seluruh Terengganu setakat ini. Permintaan yang melebihi pen… Read More
  • Penyumbang RM1 Tabung UKM Terharu Ditaja Tunai Haji Penyumbang RM1 untuk Tabung Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 49 tahun lalu, bersyukur dan terharu apabila mendapat penajaan daripada universiti itu untuk menunaikan ibadat haji pada musim ini. Mohamad Nord… Read More
  • ECRL Disambut Baik Penduduk, Ledakan Ekonomi Negeri Pantai Timur Orang ramai melihat model laluan ECRL sempena majlis pecah tanah projek itu yang disempurnakan Perdana Menteri, di Stesen Sentral KotaSAS, Kuantan,. Foto oleh Tg Syamim Tg Ismail Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dijan… Read More
  • PTG Terima 23,000 Permohonan Lot Tanah Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri Terengganu menerima kira-kira 23,000 permohonan Skim Khas Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) sehingga pagi ini, selepas dilancarkan kerajaan negeri dalam usaha mema… Read More

Demi Masa

SABTU, 15 Mac 2018
12:36 PM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74653
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan