Monday, 30 April 2018
Calon Barisan Nasional (BN) N18 DUN Bukit Payung, To' Puan Zaitun Mat Amin bertekad untuk membuktikan pemilihannya bagi mewakili serikandi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tidak sia-sia seterusnya mampu menghadiahkan DUN itu kepangkuan BN.
Menurutnya, beliau tidak mempunyai masalah untuk merampasnya daripada Pas yang sudah dua penggal menguasai kawasan itu, jika mendapat sokongan majoriti pengundi yang menuntut perubahan fizikal dan modal insan di DUN itu.
"Setakat hari ini apabila saya mula berkempen di sekitar DUN Bukit Payung, nampaknya penerimaan masyarakat setempat sangat positif kerana calon wanita lebih dekat dengan hati pengundi.
"Satu gelombang besar bakal merubah pimpinan yang datang bukan sahaja daripada dalaman tetapi juga dari pengundi luar yang ghairah untuk melihat N18 dirampas kembali daripada Pas.
"Saya juga banyak melawat ke kampung-kampung untuk bertemu pengundi dan amat mengejutkan mereka menyambut baik saya sebagai calon wanita di sini,” katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis ramah mesra bersama Belia dan Beliawanis DUN Bukit Payung, di Hotel Permai, Kuala Terengganu, malam ini.
Malah katanya, beliau yakin mampu memberi saingan sengit kepada penyandang sebelum ini , Mohd Nor Hamzah (Pas) yang memenanginya dengan majoriti 613 pada PRU13.
“Saya telah bergiat sebagai Ketua Wanita UMNO Bahagian Marang sejak 2004 lagi dan Bukit Payung adalah tempat ‘lepak’ saya bersama ahli parti wanita...ini menjadi kelebihan saya dan orang kampung untuk menerima saya dengan baik,” katanya lagi.
DUN Bukit Payung menyaksikan persaungan tiga penjuru antara To' Puan Zaitun Mat Amin menentang calon Pas yang juga penyandang kerusi itu, Mohd Nor Hamzah dan calon Parti Keadikan Rakyat, Mohd Dalizan Abdul Aziz. - teganukita.net
Related Posts:
Bajet 2018 : Ucapan Penuh Bajet Negeri UCAPAN PENUH BAJET NEGERI TERENGGANU TAHUN 2018OlehYANG AMAT BERHORMATDATO’ SERI HAJI AHMAD RAZIF BIN ABD RAHMANMenteri Besar TerengganuKETIKA MEMBENTANGKAN RANG ENAKMEN PERBEKALAN 2018DI DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU11… Read More
Bajet 2018 : Wujud Pasukan Khas Realisasi Bajet 2018 Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail akan mempengerusikan pasukan khas bagi menyelaras dan memantau pelaksanaan semua 60 fokus atau perkara titik sentuhan yang dianggap utama oleh rakyat pada bajet 2018 … Read More
Bajet 2018: Pemberian Air Percuma 20 Meter Padu Kerajaan negeri hari ini mengumumkan pengecualian caj bekalan air kepada pengguna domestik di Terengganu, dengan syarat penggunaan maksimum 20 meter padu (mq) sebulan bermula Januari depan. Perkara itu diumumkan Menteri… Read More
Bajet 2018: 14 Kejayaan Bukti Malaysia Tidak Gagal Malaysia mencatat pelbagai cerita kejayaan dalam bidang ekonomi sepanjang tahun 2017. Kejayaan-kejayaan ini menjadi bukti bagi menunjukkan bahawa Malaysia berada di landasan yang betul bukan sebagaimana tohmahan pihak-piha… Read More
Bajet 2018: RM1,000 Untuk Bapa, Ibu Tunggal Mahu Kahwin Kerajaan negeri menyediakan bantuan RM1,000 untuk golongan ibu dan bapa tunggal yang ingin berkahwin tahun hadapan. Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman semasa pembentangan persidan… Read More