Wednesday, 22 March 2017
Kerajaan negeri menyediakan peruntukan sebanyak RM3 juta untuk membina bangunan baharu milik Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Negeri Terengganu (Serikandi).
Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata langkah itu bertujuan menghargai peranan penting yang dimainkan oleh Serikandi selama ini dalam menjayakan program melibatkan masyarakat dan kerja-kerja amal.
“Ketika ini Serikandi beroperasi di kuarters kerajaan yang terletak di Batu Buruk di Kuala Terengganu, jadi terpulang kepada mereka untuk memilih reka bentuk yang sesuai.
“Projek tersebut juga selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk membangunkan kawasan kuarters itu sebagai pembangunan perumahan awam yang moden dan strategik," katanya kepada media selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Serikandi kali ke-30 di Duyong Marina & Resort, Kuala Terengganu, hari ini.
Hadir sama, Yang Dipertua Serikandi, To' Puan Seri Halina Zakaria.
Pada masa sama, Ahmad Razif mengumumkan peruntukan segera sebanyak RM100,000 untuk badan amal itu menjalankan aktiviti pengurusan dan pentadbiran tahunan mereka. - -teganukite.net
Related Posts:
Ekspedisi 'Terengganu De Latimojong' Promosi Sektor Pelancongan Negeri Pertubuhan Karyawan Kreatif Darul Iman (Karyawan) menganjurkan kembara ‘Terengganu De Latimojong’ dalam usaha membantu kerajaan negeri mempromosikan sektor pelancongan Terengganu khususnya sempena Visit Beautiful Terengga… Read More
17 Petani Tuai 31,267 Pokok Cili Secara Serentak Di Terengganu Untuk MBOR Che Wan Mohd. Saidi memetik cili di kebun miliknya sempena Program Penarafan Penuaian Cili Tersebar Oleh MBOR di Kampung Raja, Tepoh hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu Kassim Seramai 17 petani negeri ini turut se… Read More
Terengganu Perkenal JOBSTTB Untuk Graduan Kerajaan Negeri akan memperkenalkan JOBSTTB di bawah Program Transformasi Graduan Terengganu (TGTP) bermula 1 Oktober ini khusus untuk graduan anak Terengganu yang mempunyai minat dalam bidang pengkhususan tertentu.Me… Read More
TDM Berhad Catat Hasil Pendapatan RM428 Juta Anak syarikat kerajaan negeri, TDM Berhad mencatatkan peningkatan hasil pendapatan sebanyak 13 peratus iaitu dari RM380.8 juta ke RM428.5 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad R… Read More
Sukan 7S1M1S Cungkil Bakat Pelajar SK Taman Bukit Dahlia yang mewakili Johor menjadi juara kejohanan Bola Sepak Tujuh Sebelah Satu Murid Satu Sukan (7S1M1S) Kesungguhan Yayasan Bank Rakyat (YBR) menganjurkan kejohanan Bola Sepak Tujuh Sebelah Satu Mur… Read More