Sunday, 22 April 2018


Barisan Nasional (BN) Besut  menawarkan lapan bidang utama menerusi manifesto Parlimen Besut bagi memberi kesejahteraan kepada penduduk daerah itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Pengarah Pilihan Raya BN Besut, Nawi Mohamad berkata, lapan bidang utama yang terkandung dalam manifesto khas itu diselaraskan dengan BN negeri dan Pusat supaya semua janji parti dapat dilaksanakan selepas PRU14.

Majlis pelancaran Manifesto BN Besut itu disempurnakan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Dato' Seri Idris Jusoh yang juga calon BN Parlimen Besut di Dataran Perhentian Kereta Sewa Jertih, Besut, malam tadi.


Kira-kira 5,000 penyokong BN memeriahkan  majlis pelancaran berkenaan yang turut dihadiri oleh empat bakal calon BN dari DUN Kuala Besut, Kota Putera, Jertih dan Kuala Besut.

Nawi berkata, lapan bidang yang akan diberi tumpuan termasuklah  membina Lebuh Raya Pantai Timur (LPT3), membina 1,500 rumah mampu milik,meneruskan pembangan Pusat Pendidikan Taman Ilmu, manaiktaraf Hospital Besut kepada Hospital Berpakar, merancakkan industri pelancongan, menjadikan Daerah Besut sebagai pusat ternakan dan bekalan susu kambing negara, menjadikan persisiran Sungai Keluang sebagai tempat riadah dan membina Kota Putera Mall.

Nawi yang juga Ketua UMNO Bahagian Besut berkata, bagi menjayakan semua janji BN dalam manifesto itu penduduk Besut diminta meneruskan sokongan kepada semua calon BN yang diberi peluang bertanding pada PRU14.

“Kita memerlukan sokongan padu bagi memastikan empat calon Dewan Undangan Negeri dan Parlimen kekal,” katanya.

Idris yang juga Menteri Pendidikan Tinggi ketika berucap pada pelancaran itu berkata, rakyat negeri ini perlu ingat supaya penderitaan yang dialami ketika Pas memerintah negeri ini tidak berulang kembali.

Katanya, sepanjang tempoh pemerintahan Pas  rakyat menderita dan tidak ada satu masjid pun dibina oleh parti itu walaupun mereka bercakap mengenai Islam.

Related Posts:

  • Calon PRU14 Terengganu Lulus Saringan SPRM Menteri Besar menyampaikan hadiah kepada johan Pertandingan Ihtifal Kesenian Islam Kemas Peringkat Negeri Terengganu 2018. Foto oleh Harish Fadzillah Abu Kassim Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Dato' Seri Ah… Read More
  • Manifesto BN Terengganu Fokus Tiga Bidang Menteri Besar beramah mesra dengan tetamu  yang hadir sempena majlis temu mesra di Dewan Merdeka Kota Putera Square, semalam. Foto oleh Mohamad Ishak Barisan Nasional (BN) Terengganu akan menumpukan tiga bidang utama … Read More
  • Manifesto BN Terengganu Fokus Tiga Bidang Menteri Besar beramah mesra dengan tetamu  yang hadir sempena majlis temu mesra di Dewan Merdeka Kota Putera Square, semalam. Foto oleh Mohamad Ishak Barisan Nasional (BN) Terengganu akan menumpukan tiga bidang utama … Read More
  • Rakyat Perlu Buat Pilihan Tepat Ahmad Razif beramah mesra dengan tetamu. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail Rakyat Terengganu harus membuat pilihan tepat dalam Pilihan Raya Umum (PRU) tidak lama lagi bagi memastikan negeri ini tidak kembali ke zaman “ke… Read More
  • Jangan Silap Langkah Lagi - Ahmad Razif Ahmad Razif mengagihkan bantuan pentadbiran kepada J3K DUN Seberang Takir. Foto Harish Fadzillah Abu Kassim Rakyat digesa agar mengingati dan menilai semula kerenah pemimpin Pas ketika parti itu memerintah Terengganu se… Read More

Demi Masa

RABU, 18 Jun 2018
11:36 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

75714
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan