Sunday, 22 April 2018


Jentera Keselamatan Parti Pribumi  Bersatu Malaysia (PPBM) Bahagian Besut lumpuh apabila Ketua Keselamatan parti itu, Hashim Che Hassan, 50, bertindak keluar parti itu, malam tadi.

Hashim membuat pengistiharan keluar parti dan menyerahkan borang permohonan menjadi ahli UMNO kepada Ahli Majlis Tertinggi UMNO (MT) Dato' Seri Idris Jusoh pada majlis pelancaran Manifesto Barisan Nasional (BN) Parlimen Besut di Dataran Jertih Souq, Besut, malam tadi.

Majlis perisytiharan keluar parti dan penyerahan borang itu turut disaksikan lebih 5,000 penyokong BN yang hadir pada majlis pelancaran manifesto berkenaan.


Ketika berucap pada majlis itu, Hashim berkata, dia yang sudah setahun memegang jawatan itu hilang kepercayaan terhadap PPBM kerana tidak mempunyai arah perjuangan sebenar untuk membela bangsa Melayu.

“Saya diberi tauliah sebagai Ketua Keselamatan parti sudah tidak yakin kepada pemimpin PPBM malah tidak ada perancangan untuk membina negara,” Katanya yang disambut laungan Hidup Rakyat oleh penyokong BN.

Beliau berkata, dia baru sedar parti pembangkang tidak mampu untuk memberi apa yang dijanjikan bukan sahaja kepada ahli malah seluruh rakyat negara ini.

Oleh itu, katanya, tidak ada gunanya rakyat menyokong Pakatan Harapan (PH) kerana BN sahaja satu-satunya parti yang menjaga kesejahteraan rakyat dan kestabilan negara.

Hashim berkata, beliau akan berusaha untuk menarik seberapa ramai ahli PPBM Besut supaya keluar dari parti itu dan menyokong semua calon BN di Besut.

Idris yang juga Menteri Pendidikan Tinggi ketika berucap pada majlis perasmian pelancaran itu berkata, BN akan terus memberi perhatian terutama meningkatkankan taraf pendidikan negara ke persada antarabangsa selepas diberi mandat semula pada (Pilihan Raya Umum Ke-14) PRU14 nanti.

Beliau yang juga calon bagi Parlimen Besut yakin pembangkang di Terengganu akan tewas pada PRU14 berikutan sambutan baik rakyat negeri ini terhadap kepimpinan Kerajaan BN sama ada di peringkat negeri mahupun Pusat. - teganukita.net

Related Posts:

  • Selamat Bersidang, Perhimpunan Agung UMNO Ke- 71- Ahmad Razif Saya turut sama mengalu-alukan Perhimpunan Agung UMNO  ke- 71 dan mengucapkan selamat datang kepada semua perwakilan dan pemerhati dari segenap ceruk dan rantau.  UMNO berakar umbi sejak tempoh masa yang begitu … Read More
  • PAU 2017 :Lembayung Arjana Bangsa Bismillahirrahmannirrahim. Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan Sekalian Alam, Tuhan Yang Maha Esa. Salam dan selawat ke atas Rasulullah SAW, Ahli Keluarga, dan para sahabatnya, serta para tabiin yang telah mendahului kita.… Read More
  • PAU 2017 : ‘Nostalgia Dongeng, Harapan Palsu. Transformasi Sebenar’ UCAPAN DASAR, KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA, KHAIRY JAMALUDDIN ABU BAKAR “Nostalgia Dongeng, Harapan Palsu, Transformasi Sebenar ” BismillahirrahmanirrahimAssalamualaikum warahmatullahiwabar… Read More
  • Sokongan Terhadap BN Kian Meningkat Ahmad Razif sempat bermesra dengan masyarakat setempat sebelum menyempurnakan penyerahan bantuan kepada warga India dalam program di SK Lembah Jabor, Kemaman, semalam. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim. Sokongan rakyat t… Read More
  • Bawa Politik Bermoral-PM Musuh kita adalah pembangkang, jangan cemburu sesama sendiri dan jangan menyerang sesama kita walaupun kita tak suka kepadanya dan saya paling tidak suka perkara ini, tegas Presiden UMNO, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Ra… Read More

Demi Masa

AHAD, 22 Jun 2018
5:10 PM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

75767
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan