Thursday, 1 February 2018

Rozita

Jentera gerak gempur pilihan raya UMNO sudah mula bergerak secara berperingkat-peringkat 
di seluruh negara sebagai persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sekali gus memenangkan Barisan Nasional (BN) untuk kekal menerajui negara dan juga negeri.

Puteri sebagai sayap kiri parti keramat itu perlu bekerja keras terutama menarik lebih ramai ahli baru terutamanya pengundi kali pertama dan seterusnya memastikan mereka menjadi pengundi yang bijak bagi menjamin kemenangan BN.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Rozita Ismail berkata, bagi ahli Puteri inilah masa terbaik untuk mematangkan diri dalam politik sebelum mereka beranjak kepada Wanita UMNO satu hari nanti serta mampu memikul tanggungjawab tersebut dan sentiasa bersemangat menjayakan perjuangan parti dalam mengangkat martabat bangsa.

“Saya yakin program-program politik yang dijalankan oleh Puteri mampu mengenal pasti dan menarik lebih ramai orang muda untuk bersama-sama UMNO dan BN. Perang politik hari ini bukan lagi berbentuk tradisional atau kerahan tenaga tapi sekarang ia lebih kepada perang idea dan pendapat serta bagaimana kita menangani isu-isu yang diutarakan pihak lawan.

“Kita mahu hasilkan ahli Puteri UMNO yang berkualiti, bukan setakat ramai dari segi bilangan sahaja.Kita mahu Puteri pada hari ini dikenali sebagai wadah perjuangan orang muda yang terbaik dan melahirkan bakal-bakal pemimpin yang berkaliber.

 “Sebagai sayap parti yang mewakili orang muda, sudah pasti kami akan mensasarkan golongan belia dan beliawanis untuk menyokong Barisan Nasional melalui pelaksanaan program yang berbentuk ilmiah dan lain-lain program yang berupaya menarik perhatian golongan ini,” katanya ketika dihubungi Teganukita hari ini.

Rozita berkata, dengan lahirnya ahli-ahli Puteri yang mampu berkomunikasi dan bijak mengutarakan pendirian parti, banyak isu yang dimainkan pembangkang akan dapat ditangkis dengan mudah terutama melalui media baru. - teganukite.net

Related Posts:

  • PRU14: Kak Ton Santuni Pengundi Uzur Kak Ton mengunjungi saniah sambil bertanya khabar wanita itu, pagi ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payung, To' Puan Zaitun Mat Amin sempat menziarahi seorang pendudu… Read More
  • PRU14 : Dato' Ku Selesai Buang Undi Calon Barisan Nasional (BN) N23 Kuala Berang, Dato' Tengku Putera Tengku Awang dan isterinya, To' Puan Halijah Ali tiba di Sekolah Kebangsaan Kuala Berang , kira-kira pukul 8.15 pagi tadi bagi menunaikan tanggungjawab membu… Read More
  • PRU14: Proses Buang Undi Bukit Payung Harmoni Proses pengundian di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payung sehingga tengahari tadi, berjalan dengan lancar dan harmoni. Sejak jam 8 pagi, pengundi berdaftar mula memenuhi pusat pengundian untuk menunaikan tanggung… Read More
  • Kerajaan Negeri Bermatlamat Tambah Baik Pentadbiran Dr Ahmad Samsuri menyertai pegawai dan kakitangan menunaikan solat hajat berjemaah di Dewan Besar, Wisma Darul Iman diikuti dengan ucapan ringkas sebaik selesai solat hajat di Wisma Darul Iman.Foto oleh Tengku Syamim T… Read More
  • PRU14 : Moyang Enam Cicit Mengundi Sejak 1959, Kekal Pilih BN Meskipun usianya sudah menjangkau 83 tahun, namun tidak menghalang seorang warga emas yang uzur akibat sakit tua untuk keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)  esok.Menurut moyang kepada enam cicit Mohd No… Read More

Demi Masa

JUMAAT, 14 Mac 2018
9:50 PM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74647
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan