Monday, 2 April 2018

Ahmad Razif (tengah) bersama pelajar cemerlang PPSR dan PBSMR 2017 Yayasan Terengganu di Duyong Marina Resort, hari ini. Foto Oleh: Tengku Syamim Tengku Ismail

Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM581,500 kepada 1,163 pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang bagi Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Menengah Rendah (PBSMR) di seluruh negeri ini.

Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, insentif berupa akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1 Malaysia (SSPN1M-i) bernilai RM500 diberikan kepada pelajar tersebut atas kecemerlangan akademik yang ditunjukkan dalam peperiksaan berkenaan tahun lalu.

Menurut beliau, seramai 578 pelajar berjaya memperoleh semua A dalam peperiksaan PPSR dan 585 lagi mendapat keputusan cemerlang dalam PBSMR.

"Pada tahun ini, kerajaan negeri melalui Yayasan Terengganu memilih SSPN1M-i sebagai hadiah kepada pelajar atas kecemerlangan mereka.

"Anugerah kecemerlang pelajar merupakan insentif kerajaan negeri dalam memperkembang dan mempertingkatkan kemajuan pendidikan di negeri ini sekaligus merangsang pelajar untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan," ujarnya pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar PPSR dan PBSMR 2017 Yayasan Terengganu di Duyong Marina Resort, hari ini.

Pada majlis tersebut, Ahmad Razif menyampaikan sijil SSPN1M-i kepada 400 pelajar cemerlang dalam daerah Kuala Nerus dan Kuala Terengganu. - teganukita.net

Related Posts:

  • My Ehsan Bantu Pelajar Miskin Dr Nor Aeni beramah mesra dengan pelajar baru UMT -Foto ihsan Universiti Malaysia Terengganu Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menyediakan bantuan My Ehsan kepada penuntut baru  yang kurang berkemampuan membayar y… Read More
  • Kerajaan Negeri Belanja Lebih RM3 Juta Hantar Enam Pelajar Ke UK Ahmad Razif (tengah) berbual dengan pelajar cemerlang yang bakal melanjutkan pengajian di UK pada Majlis Penyerahan Wang Pendahuluan Diri Pelajar Tajaan Yayasan Terengganu Program Saintis Islam dan Program Berkembar ke Uni… Read More
  • Terengganu Sasar 1,352 Calon SPM 2017 Dapat Semua A A. Latiff dan warga pendidik bergambar bersama calon-calon SPM di Program Merealisasikan Kecemerlangan Menjelang SPM 2017 di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto oleh Zulkipli CW Putra Terengganu mensasarkan 5.34 peratus at… Read More
  • Wan Hakim Suntik Semangat Calon SPM 2017 Di Kemaman Ahli Dewan Undangan Negeri Air Putih, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar meneruskan suntikan motivasi kepada pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chukai dan SMK Kemasik Kemaman yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pela… Read More
  • Faiz Terima Komputer Riba Seorang pelajar yang menghidap penyakit Celebral Palsy, Ahmad Faiz Ibrahim, 19, menerima komputer riba sumbangan kerajaan negeri, bagi memudahkan sesi pembelajarannya di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Menteri… Read More

Demi Masa

SELASA, 10 Jun 2018
11:25 PM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

75644
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan