Dr Nor Aeni beramah mesra dengan pelajar baru UMT -Foto ihsan Universiti Malaysia Terengganu
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menyediakan bantuan My Ehsan kepada penuntut baru yang kurang berkemampuan membayar yuran pendahuluan ketika proses pendaftaran kemasukan mereka.
Antara bantuan yang disediakan UMT menerusi My Ehsan itu termasuk wang saku, bantuan wang pembiayaan yuran pengajian dan dermasiswa.
Naib Cancelor UMT Prof Dato’ Dr Nor Aieni Mohktar berkata, bantuan berkenaan diberikan bagi memastikan calon yang melanjutkan pengajian di universiti berkenaan dapat mendaftar seperti yang ditawarkan.
Katanya, penuntut yang tidak mampu menyediakan bayaran yuran pendahuluan kemasukan, tetapi ditawarkan melanjutkan pengajian diminta melaporkan diri mengikut surat tawaran.
“ UMT bersedia memberi bantuan sewajarnya untuk menyedia pendidikan terbaik kepada penuntut yang layak serta ditawarkan melanjutkan pengajian ke UMT.
“Jumlah sebenar pelajar yang tidak mampu membayar yuran hanya akan diketahui selepas selesai mereka membuat pendaftaran bermula kelmarin (Isnin) dan berakhir Sabtu ini,” katanya.
Dato’ Dr Nor Aieni, berkata bagi sesi kemasukan kali ini, seramai 2,782 tawaran dikeluarkan berbanding hanya 2,485 tawaran pada tahun 2016, dan sepanjang tiga hari bermula hari ini, pelajar baharu (ijazah sarjana muda) akan hadir mendaftar diri.
Katanya, penawaran peluang melanjutkan pengajian meliputi 27 program pengajian yang ditawarkan iaitu 76 peratus bidang sains dan 24 peratus bidang sains sosial.
“Tahun ini UMT turut menerima lima pelajar Orang Kurang Upaya (OKU), pasangan kembar , Nur Fatma Hasni Majid dan Nur Fatma Husna yang juga pelajar lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dari Sekolah Menengah Belara.
“Di samping itu, seramai 17 pelajar antarabangsa dijangka mendaftar bagi program pengajian sarjana muda, kebanyakannya dari Timur Tengah,”ujarnya dalam dalam satu kenyataan - teganukite.net
|
Thursday, 7 September 2017
-
September 07, 2017
-
ketuapkp
-
PENDIDIKAN , UTAMA
Related Posts:
459 Kanak-Kanak Dirai Dalam Majlis Konvokesyen Kemas Ahmad Razif bersama kanak-kanak yang diraikan sempena Majlis Konvokesyen Tabika Kemas peringkat DUN Seberang Takir yang diadakan di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini. Foto Oleh: Tengku Syamim Tengku Ismail… Read More
Bot Penambang Akan Dinaik Taraf Sebagai Teksi Air Ahmad Razif bermesra dengan pemilik bot penambang dan beca. Foto Harish Fadzillah Kassim Kerajaan negeri akan menaik taraf perkhidmatan bot penambang di Terengganu sebagai teksi air, mulai tahun depan. Cadangan meli… Read More
KMI-PNBC Jalin MoU Bina Hospital Baru Di Sri Petaling, KL Pengerusi KMI, Wan Abdul Hakim dan Timbalan Presiden Kumpulan PNB, Dato' Mohd Nizam menandatangani MouU bagi pembinaan hospital baru di Sri Petaling, Kuala Lumpur sambil disaksikan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razi… Read More
Terengganu Belanja RM2.1 Juta Untuk Pelajar STPM 2017 Ahmad Razif menyampaikan Bantuan Pendidikan STPM 2017 kepada salah seorang pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan tersebut pada November ini. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim. Kerajaan negeri memperuntukkan bantuan p… Read More
Program `Jinak Kelah' JaPen Suntik Suasana Berbeza Azmee (duduk, dua dari kanan) bersama rakan media yang menyertai Program Media Engagement-Jinak Kelah 2017 di Santuari Kelah, Sungai Petang, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, semalam. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail. … Read More