Monday, 2 April 2018

Ghazali menyampaikan bantuan alat keselamatan kebakaran di Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Negeri, Kuala Terengganu, petang ini. Foto oleh Haridh Fadzillah Abu Kassim

Kerajaan negeri melalui Jabatan Hal Ehwal
Agama Terengganu mengambil inisiatif mempertingkatkan ciri keselamatan sekolah pondok dan pusat tahfiz di seluruh negeri.

Buat permulaan, 42 institusi pengajian agama yang berdaftar menerima bantuan alat keselamatan kebakaran di Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Negeri, Kuala Terengganu, petang ini.

Bantuan alat keselamatan itu antara usaha mencegah berulangnya tragedi kebakaran seperti yang pernah berlaku di beberapa pusat tahfiz serta pondok seluruh negara sejak kebelakangan ini.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Dr. Ghazali Taib menegaskan pusat pengajian pondok dan tahfiz merupakan antara institusi yang penting dalam masyarakat dan perlu menekankan aspek keselamatan.

"Para pengusaha tahfiz dan pondok banyak berkorban masa dan harta dalam melahirkan anak-anak yang mengamalkan dan menyebar luas agama dan akhlak Islam.Namun, kebanyakan institusi ini kurang mengutamakan aspek keselamatan.

 "Disebabkan itu, kerajaan negeri mengambil langkah untuk meningkatkan ciri keselamatan di pondok dan tahfiz dengan pemberian ini," katanya ketika merasmikan majlis penyerahan tersebut.

Antara sekolah yang menerima bantuan itu adalah Maahad Tahfiz wal Dirasah Padang Air dan Maahad Tahfiz wal Tarbiah Tok Jiring.

Terdapat 160 sekolah pondok dan pusat tahfiz di seluruh Terengganu. - teganukita.net

Related Posts:

  • 180 Pelajar Sertai 'EmpowerXchange' Seramai 180 pelajar dari enam sekolah menengah dari dua daerah di Terengganu menyertai program motivasi Kem EmpowerXChange `Awaken The Giant Within' selama dua hari di sebuah resort di Merang Setiu, berakhir semalam. Pr… Read More
  • Penjawat Awam Disaran Solat Dhuha Kerajaan negeri meminta ketua jabatan kerajaan membenarkan kakitangannya menunaikan Solat Dhuha, khususnya pada bulan Ramadan nanti. Menteri Besar, Dato’  Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kakitangan Wisma Daru… Read More
  • SMK Chalok Ungguli Silat Daerah Sekolah Menengah Kebangsaan Chalok (Model Khas) muncul juara keseluruhan Pertandingan Silat Seni Peringkat Sekolah-Sekolah Daerah Setiu apabila memenangi lapan daripada 14 acara yang dipertandingkan. Pengerusi Unit Silat… Read More
  • 60 Murid PPKI Berkhemah Seramai 60 murid dari 12 sekolah Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI) Daerah Setiu menyertai program perkhemahan selama tiga hari bertempat di Pusat Latihan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Putera Jaya, Setiu yang be… Read More
  • Ganjaran Buat 446 Pelajar Cemerlang Ahmad Razif bergambar kenangan bersama pemenang anugerah pelbagai kategori. Foto Harish Fadzillah Kasim Terengganu membelanjakan lebih RM 232,000 sebagai menghargai 446 pelajar di negeri ini yang memperoleh keputusan cem… Read More

Demi Masa

ISNIN, 9 Jun 2018
10:26 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

75627
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan