Monday 16 April 2018


Anugerah perkhidmatan cemerlang yang diadakan setiap tahun mampu meningkatkan motivasi para guru untuk lebih berdedikasi dalam mendidik anak-anak bangsa.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang berkata, anugerah sebagai satu penghargaan kerajaan negeri terhadap segala usaha guru melahirkan pelajar cemerlang dan memartabatkan bidang pendidikan di negeri ini.

"Kecemerlangan Terengganu dalam pendidikan selama ini disemai hasil daripada pengurusan dan komunikasi yang baik di antara Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dengan kerajaan negeri.

"Kegigihan mereka perlu dihargai dan anugerah ini dapat menjadi motivasi kepada guru-guru untuk lebih cemerlang pada masa akan datang," katanya ketika menyampaikan majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2017 di Jabatan Pendidikan Negeri, Kuala Terengganu, pagi ini.

Seramai 82 guru dari Daerah Kuala Terengganu menerima anugerah tersebut.

A. Latiff turut memaklumkan kerajaan negeri memperuntukkan RM61 bilion untuk pendidikan.

"Inilah bukti bahawa kerajaan yang ada hari ini amat cakna kepada pembangunan pendidikan anak bangsa," katanya.


Demi Masa

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan