Bazlan bersama pelajar, ibu bapa dan guru-guru selepas Majlis Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang STEM Exxonmobil 2016, di Pusat Sains & Kreativiti Terengganu, Kuala Terengganu
Penganjuran pelbagai program berkaitan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) di peringkat sekolah mampu meningkatkan bilangan pelajar dalam bidang STEM kepada nisbah 60:40 pada tahun 2020 seperti yang disasarkan kerajaan.
Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin, berkata ketika ini pelajar yang mengikut pembelajran dalam bidang STEM belum mencapai sasaran yang memuaskan sedangkan negara memerlukan ramai tenaga kerja mahir dalam bidang tersebut untuk melonjakkan pembangunan negara.
Katanya, sehubungan itu, pelbagai usaha yang telah dilaksanakan bagi memupuk minat pelajar kepada STEM di peringkat sekolah seperti kem dan pertandingan berkaitan sains adalah satu inisiatif yang tepat ke arah mencapai sasaran tersebut.
“Terbaru, penganjuran program Anugerah Pelajar Cemerlang STEM Exxonmobil membabitkan 60 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sekolah-sekolah menengah harian kerajaan di Terengganu.
“Mereka yang mengikuti program itu dilihat lebih bermotivasi, bersemangat untuk meneruskan pengajian di peringkat universiti dan berminat mengikuti bidang kejuruteran dan perubatan,”katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang STEM Exxonmobil 2016, di Pusat Sains & Kreativiti Terengganu, Kuala Terengganu, hari ini.
Program itu dirasmikan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, Bazlan Abdul Rahman.
Hadir sama Pengurus Besar Hal Ehwal Awam dan Kerajaan Subsidiari- Subsidiari Exxonmobil, Sukiman Mohammed.
Pelajar yang mengikuti program itu layak memperoleh wang tunai RM1,000 setiap seorang.
Sekolah Menengah Kebangsaan Chung Hwa Wei Sin dianugerahkan sekolah menengah harian terbaik keseluruhan mata pelajaran STEM dan layak membawa pulang wang tunai RM3,000. - teganukite.net
|
Tuesday, 25 April 2017
-
April 25, 2017
-
ketuapkp
-
PENDIDIKAN , UTAMA
Related Posts:
UniSZA Jalin Kerjasama Dengan Universiti Di Medan Indonesia Prof. Dato' Dr. Ahmad Zubaidi (dua kiri) bertukar dokumen dengan Dr. H. Ismail Efendi pada Majis MoA UniSZA-IKH di Bangunan Pentadbiran UniSZA, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu Kasim Universiti Sultan Zainal Abidi… Read More
Kerajaan Negeri Beri Perhatian Serius Pemulihan Taman Ilmu Ahmad Samsuri meninjau asrama penuntut UniSZA di kampus Taman Ilmu, Besut. Oleh: Ruslan Abdul Rahman dan Mohammad Ishak Kerajaan negeri pimpinan Pas akan meneruskan pembinaan Taman Ilmu di Tembila, Besut, bagi mem… Read More
Terengganu Belanja RM1.5 Juta Untuk 2,404 Pelajar Ke IPT Sebahagian pelajar yang menerima bantuan persediaan kemasukan ke IPT. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail Kerajaan negeri memperuntukan RM1.5 juta untuk diagihkan kepada 2,404 pelajar sebagai persediaan men… Read More
RM418,500 Disalur Kepada 670 Mahasiswa Kemaman, Dungun Seramai 670 bakal mahasiswa di Parlimen Kemaman dan Dungun menerima bantuan persediaan Yayasan Terengganu (YT) berjumlah RM418,500 bagi melanjutkan pengajian di Peringkat Asasi dan Diploma sesi kemasukan 2018-2019.Pengerusi… Read More
RHB Bank Taja RM150,000 Jayakan Penyelidikan Bidang Kewangan UMT Prof. Dr. Nor Aieni bersama Dato' Adissadikin menandatangani memorandum. RHB Islamic Bank Berhad menyumbang RM150,000 kepada Universiti Malaysia Terengganu (UMT) untuk menjayakan Program Islamic Endowed… Read More