Monday, 5 March 2018

TDMBIO mula diperkenalkan kepada orang awam pada Ekspo Terengganu 2018 di Perkarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.

Anak syarikat Kerajaan Negeri, TDM Plantation memperkenalkan baja organiknya sendiri yang dinamakan TDMBIO sempena Ekspo Terengganu 2018 yang sedang berlangsung di Pekarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus selama tujuh hari bermula 25 Februari lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TDM Berhad, Dato’ Mohamat Muda berkata, baja tersebut dihasilkan daripada proses 'composting' iaitu daripada tandan buah kelapa sawit yang diambil dari ladang-ladang milik TDM sendiri.

Katanya, baja organik yang dihasilkan tersebut memberikan banyak kelebihan kepada tanaman tanpa memberi kerosakan kepada tanaman itu sendiri.

"Baja yang pihak kami hasilkan banyak memberikan kebaikan antaranya serapan air yang tinggi selain boleh menguatkan dan membaiki struktur tanah.

"Ianya juga mampu memberi nutrien yang cukup kepada tanaman itu sendiri dan mengurangkan bahan-bahan bukan organik yang ada," katanya kepada Teganukita.

Tambahnya, baja itu kini dihasilkan di dua kilang yang terletak Padang Kubu, Kemaman dan Sungai Tong, Kemaman.

"Kami memulakan operasi menghasilkan baja ini bermula dari Jun tahun lalu.

"Dijangkakan dengan dua kilang ini, pihak kami boleh menghasilkan sehingga 60,000 metrik tan setahun," katanya. - teganukite.net

Related Posts:

  • RM452 Juta Untuk Biayai 36,022 Usahawan IKS Zubir merasmikan Majlis Anugerah Usahawan Terengganu 2018. Tengku Syamim Tengku Ismail  Sejumlah RM452  juta pembiayaan perniagaan diperuntukkan kepada 36,022  usahawan Industri Kecil dan Se… Read More
  • Sate Jabi Sejuk Beku Untuk Pasaran Lebih Luas Ahmad Razif mengagihkan sumbangan kepada Kelab Ibu Tunggal. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail  Kerajaan negeri menggesa pengusaha sate di negeri ini terutama di Jabi, Besut mengeluarkan produk secara sejuk beku su… Read More
  • Kewangan Negara Kukuh Berita oleh: Izzuan AhmadKedudukan kewangan negara yang agak kukuh menjadi bukti kerajaan dapat melaksanakan pelbagai  projek pembangunan di negara ini tanpa memohon pinjaman daripada pihak lain, kata Ketua Setiausaha … Read More
  • Durian Malaysia Capai Piawaian Antarabangsa Shabery meninjau Tapak Pasar Tani Kekal (PTK) di Pekan Kerteh, Kemaman. Buah durian negara ini yang dieksport ke luar negara diperakui mencapai piawaian pemasaran antarabangsa yang ditetapkan dan bukannya durian pramatang.… Read More
  • Penduduk Bandar Digalak Laksana Pertanian Bandar Penduduk di kawasan bandar di seluruh negara digalakkan agar memanfaatkan ruang tanah yang terhad bagi menjalankan aktiviti pertanian bandar.Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, … Read More

Demi Masa

SELASA, 18 Mac 2018
3:31 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74698
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan