Monday, 5 March 2018


Bermula sebagai pekerja kilang kelapa sawit, kini Fauzi Idris, 43, mampu tersenyum lebar apabila meraih pendapatan mencecah RM10,000 sebulan hasil Projek Ternakan Ikan Dalam Sangkar Sungai Como, Tasik Kenyir.

Berasal dari Kampung Tapah, Hulu Terengganu, Fauzi bermula dengan empat sangkar pada tahun 2007 dan kini memiliki 60 sangkar ikan di samping dua kiosk jualan ikan sejuk beku dan salai di Sungai Gawi, Tasik Kenyir serta di Paka, Dungun.

Dia berjaya membuktikannya dalam tempoh 10 tahun sahaja untuk keluar daripada belenggu kemiskinan dan diiktiraf sebagai antara peserta contoh program tersebut.

"Kalau dulu semasa kerja kilang saya cuma dapat gaji yang kecil iaitu RM900 sebulan  dan saya bermula dalam program ni secara berkelompok dengan peserta yang lain.

"Alhamdulillah, kini sangkar meningkat daripada empat kepada 60 dan antara spesies ikan adalah baung, tilapia, lampan serta keli,"katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas majlis pemberian dividen kepada 40 peserta program itu di Dataran Shahbandar sempena Ekpo Terengganu 2018 di Pekarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus, hari ini. 

Sumbangan dividen disampaikan oleh Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Zainal Abidin Mohamad.

Tambahnya lagi, dengan bantuan dan bimbingan Jabatan Perikanan, dia memberanikan diri membuka kiosk jualan berikutan terdapat permintaan dalam pasaran.

Projek itu merupakan sebahagian daripada Program Projek Berimpak Besar dan Zon Industri Akuakultur (ZIA) yang telah dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 30 Januari 2007.

Kini projek tersebut telah berjaya menghasilkan 150 tan metrik ikan pelbagai spesis dengan nilai RM4.4 juta setiap tahun.

Related Posts:

  • Terengganu Sedia Kaji Kadar Tarif Air A Rahman bersama penerima-penerima anugerah pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang 2016/2017. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail  Kerajaan negeri melalui Syarikat Air Terengganu (Satu) bersed… Read More
  • Jelajah Beautiful Terengganu Di Mydin Bukit Mertajam 4 Hingga 6 Ogos Ini Tengku Zaihan (kanan) menerima cenderamata berupa koleksi gambar-gambar menarik negeri ini dari Wan Sufian di Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu Kali Ke 28 dan Jamuan Raya Aidilfitri d… Read More
  • Glosari Dialek Hulu Terengganu Dibukukan Mohd Zubir (dua kanan) menunjukkan buku Glosari Dialek Hulu Terengganu selepas melancarkan buku tersebut di Majlis Rumah Terbuka Orang Kuala Berang di Plaza Rahmat, Kuala Berang, semalam.  Foto Oleh: Tg Syamim Tg Isma… Read More
  • 50 PKS Disenarai Sebagai Zon Perdagangan Bebas Digital Kerajaan negeri melalui SME Corp Terengganu  mengenalpasti 50 syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Terengganu untuk disenaraikan dalam Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ). Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan… Read More
  • Media Rakan Strategik KKMM Pengamal media merupakan rakan strategik  Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dalam menyampaikan maklumat atau berita yang tepat kepada rakyat. Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia & Tugas… Read More

Demi Masa

SELASA, 18 Mac 2018
2:57 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74697
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan