Monday, 11 December 2017

Pengarah Urusan Manang Songket, Wan Manang Wan Awang

Kelainan dan kehalusan songket Terengganu kekal mendapat perhatian di Persidangan Agung UMNO (PAU) 2017 di PWTC, Kuala Lumpur.

Pengarah Urusan Manang Songket Sdn Bhd, Wan Manang Wan Awang berkata songket Terengganu mempunyai kelainannya yang tersendiri jika dibandingkan dengan songket-songket buatan di tempat lain.

Katanya, kebiasaannya harga-harga songket yang ditenun ditawarkan bergantung kepada beberapa ciri dan kualiti material.

"Harga yang paling rendah yang dijual di Manang Songket boleh didapati dengan harga cuma RM500 dan ianya boleh mencecah sehingga belasan ribu bergantung di atas kehendak pelanggan.

"Ianya bergantung kepada beberapa faktor utam iaitu bahan pembuatannya yang boleh terdiri daripada kapas, sutera ataupun polister dan campuran dari sutera dan kapas," katanya kepada Teganukita.

Selain itu, Manang berkata harga sehelai songket yang ditenun secara manual tersebut juga bergantung kepada rekaan dan kehalusan seninya.

Katanya yang telah menceburi bidang tenunan songket lebih dari 30 tahun tersebut, harga songket juga bergantung kepada hasil kerja oleh seseorang penunan.

"Kepakaran oleh seseorang penenun juga menjadikan harga sesehelai songket boleh meningkat dengan hasil kerja dan kehalusan tenunan itu," katanya.

Dalam pada itu, Manang berkata sepanjang PAU 2017 berlangsung, lebih 20 helai songketnya telah dijual kepada peminat songket daripada setiap golongan termasuk orang kenamaan. - teganukite.net

Related Posts:

  • Rezeki Musim Tengkujuh Antara ubi yang boleh didapati di Gerai Jagung sepanjang jalan di Kampung Gaung Musim tengkujuh bagaikan satu pesta yang ditunggu-tunggu oleh penduduk tempatan terutama peminat makanan tradisional seperti ubi yang mendapat… Read More
  • Terengganu Lancar 32 Bas My Bus Bermula Tahun Depan Terengganu bakal melancarkan 32 buah bas menerusi perkhidmatan My Bus 'Stage Bus System Transformation' (SBST) yang dikendalikan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD).Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman b… Read More
  • Jualan Batik, Songket Terengganu RM50,000 DI MITC, Melaka Usahawan Terengganu berjaya mengutip jualan hampir RM60,000 hasil jualan sepanjang lima hari pada Jelajah Beautiful Terengganu Sempena Program Tahunan Isteri Wakil-wakil Rakyat Barisan Nasional Semalaysia (PTIWRBNM) 2017 d… Read More
  • Keropok Kampung Gaung Warisan Dari Kampung Losong Bermula dengan hanya lima pekerja kini peniaga keropok lekor di Kampung Gaung, Kuala Berang, Wan Mohd Badrulhisyam Mohammad,30, kini tersenyum puas apabila perusahaannya itu kian maju dengan bantuan 12 pekerja di kalangan … Read More
  • Darul Iman Xpress Kini Beroperasi Di Terengganu Perkhidmatan bas Darul Iman Xpress mula beroperasi di Terengganu Oktober lalu. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail Pemilik syarikat pengangkutan bas Ekspres Perdana, Laili Ismail melebarkan rangkaian perniagaannya denga… Read More

Demi Masa

ISNIN, 23 Jun 2018
4:59 PM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

75785
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan