Monday, 5 March 2018

Nenas MD2 masih mendapat tumpuan pada hari kelapan Ekspo Terengganu 2018. 

Nenas MD2 berjaya mencuri tumpuan rakyat Terengganu apabila hampir 10 tan telah terjual sepanjang Ekspo Terengganu 2018 yang berlangsung di Perkarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus selama tujuh hari bermula 25 Februari lalu.

Pengusaha nenas tersebut, Noriah Daud, 53, berkata beliau telah melibatkan diri dalam penanaman nenas sejak 10 tahun lalu namun untuk Nenas MD2 ianya mula ditanam pada tahun lalu.

Katanya, nenas MD2 mendapat sambutan yang menggalakkan kerana rasa dan teskturnya berbeza daripada nenas lain selain sukar untuk didapatkan.

"Ini merupakan kali pertama kami menjual sendiri nenas MD2 kepada orang awam. Sebelum ini, kami hanya menjual secara borong kepada pemborong-pemborong yang mengambilnya di ladang nenas yang terletak di Setiu.

"Sambutan yang kami dapat amat menggalakkan apabila setiap hari lebih satu tan berjaya dijual kepada pengunjung-pengunjung di Ekspo Terengganu 2018," katanya kepada Teganukita.
Noriah Daud

Tambahnya, beliau hanya meletakkan sasaran sebanyak lima tan sahaja yang akan terjual sepanjang ekspo itu, namun disebabkan sambutan sangat menggalakkan tersebut, beliau terpaksa melakukan banyak penghantaran ke tapak ekspo.

"Saya amat gembira apabila mampu menjual sehingga hampir 10 tan nenas MD2 sepanjang ekspo ini berlangsung.

"Saya amat berterima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana telah memberi peluang untuk menyertai Ekspo Terengganu 2018 dan dengan sambutan yang menggalakkan ini, saya akan melibatkan diri dalam ekspo-ekspo sebegini," katanya. - teganukia.net

Related Posts:

  • RM411 Ribu Bantu Penanam Kenaf Setiu Kerajaan melalui Lembaga Kenaf Dan Tembakau Negara (LKTN) membelanjakan sebanyak RM411,255 sebagai insentif kepada 109 peserta tanamam kenaf di Setiu. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Perusahaan … Read More
  • Projek Puncak Temala Wakaf Tapai Penuhi Keperluan Rakyat Ahmad Razif (tengah) melihat model projek selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Puncak Temala, Wakaf Tapai, Marang. Foto oleh Tengku Syamim tengku Ismail Projek Puncak Temala bakal menyediakan 685 unit … Read More
  • Keuntungan TDM Berhad Cecah RM428.5 Juta Syarikat milik kerajaan negeri, TDM Berhad mencatatkan hasil pendapatan sebanyak RM428.5 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016 . Pengerusinya, Tan Sri Wan Abu Bakar Wan Omar , berkata  bahagian perlad… Read More
  • Pendapatan TDM Meningkat 17 Peratus Mohamat bercakap kepada media ketika sidang media sejurus selesai Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-52 dan juga Mesyuarat Agung Luar Biasa di Hotel Permai, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Zulkipli Putra. Syarikat mi… Read More
  • Permohonan Dalam Talian TUBE Dilanjutkan Sehingga 18 Jun Ini Ahmad Maslan ketika sidang media di Bilik Mesyuarat Jabatan Penyiaran Kawasan Timur, Bukit Pak Apil, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Zulkipli CW Putra Kerajaan melanjutkan tempoh permohonan dalam talian progra… Read More

Demi Masa

ISNIN, 17 Mac 2018
2:11 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74677
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan