Thursday, 18 May 2017

Ahmad Razif  (lapan dari kiri)bergambar kenangan dengan semua pemenang di Majlis Terengganu Inc Group Excellence Award 2017 di Duyong Marina Convention Centre, Pulau Duyong, Kuala Nerus. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail

Syarikat pegangan pelaburan kerajaan negeri, Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc), masih merekodkan cerita kejayaan walaupun harga minyak jatuh sekali gus memberi kesan kepada kelembapan ekonomi dunia.

Walaupun pendapatan kumpulan merosot daripada RM1 billion pada 2015 kepada RM960 million pada 2016, TI kekal merekodkan prestasi kewangan yang memuaskan terutamanya menerusi sektor perdagangan.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, sumbangan pendapatan utama daripada Kumpulan TDM dan Ladang Rakyat mendorong peningkatan pendapatan sektor perladangan sebanyak RM640 juta pada 2016 berbanding RM629 juta pada 2015.

“Di peringkat entiti pula, TI mencatatkan peningkatan pendapatan dividen sebanyak 23 peratus sekali gus mengumpul keuntungan sebelum cukai berjumlah RM26 juta. Prestasi kewangan Kumpulan TI yang memberangsangkan di sebalik landskap ekonomi yang tidak menentu, mencerminkan asas yang kukuh. Ianya juga disebabkan oleh strategi pengurangan risiko melalui kepelbagaian pelaburan.

“Tahniah saya ucapkan. Marilah kita berikan satu tepukan gemuruh kepada semua yang telah menyumbang ke arah cerita kejayaan ini,”katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Terengganu Inc Group Excellence Award 2017 di Duyong Marina Convention Centre, Pulau Duyong, Kuala Nerus, malam tadi.

Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail.

Dalam pada itu, Ahmad Razif berkata, sempena malam penghargaan kepada pekerja dan bagi meraikan kecemerlangan dalam syarikat, beliau berkongsi satu kisah yang memberi inspirasi kepadanya.

Katanya, pada 1929 terjadinya ‘The Great Depression,’ di mana ketika itu, seluruh dunia mengalami kemelesetan ekonomi. Syarikat gergasi di Amerika Syarikat seperti General Motors pada masa itu, terpaksa membuang separuh daripada pekerjanya akibat kemelesetan ekonomi dan banyak perusahaan besar terpaksa gulung tikar dan bankrap.

Katanya, ramai yang kelaparan. Mana-mana perniagaan yang masih bertahan terpaksa menghentikan pembelian daripada kilang-kilang pembuatan. Ini adalah kerana, gudang mereka telah penuh dengan barangan yang tidak terjual.

Manakala, Konosuke Matsushita, pencipta barangan elektrik jenama National dan  Panasonic tekun mendengar laporan ekonomi yang semakin buruk.


“Matsushita kemudiannya mengeluarkan arahan supaya dikurangkan pengeluaran kilang kepada separuh daripada biasa. Tetapi pekerja kilang jangan diberhentikan atau dibuang. Sebaliknya para pekerja diminta untuk bekerja di kilang selama setengah hari sahaja dan pekerja perlu bekerja pada setiap hari.

“Gaji yang diterima pekerja adalah sama seperti yang mereka terima sekarang. Matsushita juga meminta semua pekerja untuk bekerja dengan tekun dan sebaik mungkin, serta berusaha untuk menjual semua barang-barang yang ada di gudang.

Tambahnya, pendirian Matsushita yang mengutamakan kebajikan para pekerja menunjukkan betapa besarnya jiwa beliau apabila ramai pemilik syarikat terpaksa memberhentikan pekerja mereka, Matsushita mengambil pendekatan yang luar kezaliman apabila tidak memberhentikan pekerjanya sebaliknya, beliau membuat sedikit pengubahsuaian demi memastikan pekerjanya tidak diberhentikan. - teganukite.net

Related Posts:

  • Peroleh RM50 Ribu Sebulan Hasil Kuih Bulan Halal Seorang usahawan muda mampu memperolehi pendapatan kasar kira-kira RM 50,000 sebulan hasil menjual kuih bulan dan kuih bakul yang diusahakan di rumahnya setiap hari di Bukit Kuang, Chukai. Haziqah NurulHuda Harun, 21 t… Read More
  • 1.8 Juta Benih Ikan Dilepaskan Di Sungai Utama Jabatan Perikanan Terengganu melepaskan sejumlah 1.8 juta benih ikan dan udang serta induk ikan di beberapa sungai utama negeri ini  bagi memulihara sumber perikanan darat sejak 2008. Pengerusi Jawatankuasa Pertan… Read More
  • TDM Berhad Catat Hasil Pendapatan RM428 Juta Anak syarikat kerajaan negeri, TDM Berhad mencatatkan peningkatan hasil pendapatan sebanyak 13 peratus iaitu dari RM380.8 juta ke RM428.5 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad R… Read More
  • Jertih Square Bakal Beroperasi April 2018 Bandar Jertih akan berwajah baru apabila siapnya Jertih Square yang dapat menempatkan peniaga di lokasi lebih selesa dan tersusun bermula April tahun depan.Seramai 300 peniaga kecil yang kebanyakannya Bumiputera dan berdep… Read More
  • PMINT Perkenal Dream Home Di KP Perdana, Seberang Paka PMINT memperkenalkan satu pakej pembangunan istimewa `Dream Home', yang menawarkan lot banglo di kawasan perdana KP Perdana, Kuala Terengganu dan Seberang Paka, Dungun di ekspo PMINT Property Fest 2017. Ketua Pegawai Ekse… Read More

Demi Masa

AHAD, 16 Mac 2018
10:35 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74667
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan