Wednesday, 17 May 2017
Hotel Paya Bunga (PB) Square, di tengah pusat bandar Kuala Terengganu sedang giat disiapkan dan dijangka beroperasi sepenuhnya pada 1 Oktober ini.
Hotel setinggi 13 tingkat dibangunkan menerusi Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) sepatutnya dibuka pada April lalu mengalami kelewatan berikutan masalah teknikal disebabkan kerja-kerja menaik taraf daripada tiga bintang kepada empat bintang.
Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pemaju kini sedang melengkapkan hotel yang dilengkapi 208 bilik dengan fasiliti-fasiliti yang mematuhi tahap empat bintang sebelum dibuka kepada pengunjung.
"Dari aspek menyiapkan hiasan dalaman hotel ini sudah mencapai 90 peratus. Hanya bahagian dapur, dewan dan lain-lain baru memasuki 50 peratus siap.
"Kita perlu lengkapkan setiap bahagian ke bahagian dan diuji terlebih dahulu sama ada mematuhi piawaian. Apabila siap kesemuanya barulah boleh beroperasi sepenuhnya,"katanya.
Beliau berkata demikian di sidang media selepas melawat perkembangan Hotel PB Square, pusat boling dan pawagam di PB Sentral Kuala Terengganu, hari ini.
Turut hadir, Pengurus Besar PMINT, Samiun Salleh dan Pegawai Kewangan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya.
Dalam perkembangan yang sama, beliau juga berhasrat menjadikan ruang atap bangunan di PB Square sebagai gelanggang makanan atau medan selera berasaskan menu sumber laut.
Katanya, cadangan yang mengambil contoh perusahaan dilaksanakan di Sarawak itu bertujuan menarik kehadiran lebih ramai pengunjung ke pusat perniagaan dalam lingkaran PMINT Square berkenaan. - teganukite.net
Related Posts:
1.8 Juta Benih Ikan Dilepaskan Di Sungai Utama Jabatan Perikanan Terengganu melepaskan sejumlah 1.8 juta benih ikan dan udang serta induk ikan di beberapa sungai utama negeri ini bagi memulihara sumber perikanan darat sejak 2008. Pengerusi Jawatankuasa Pertan… Read More
Peroleh RM50 Ribu Sebulan Hasil Kuih Bulan Halal Seorang usahawan muda mampu memperolehi pendapatan kasar kira-kira RM 50,000 sebulan hasil menjual kuih bulan dan kuih bakul yang diusahakan di rumahnya setiap hari di Bukit Kuang, Chukai. Haziqah NurulHuda Harun, 21 t… Read More
Jertih Square Bakal Beroperasi April 2018 Bandar Jertih akan berwajah baru apabila siapnya Jertih Square yang dapat menempatkan peniaga di lokasi lebih selesa dan tersusun bermula April tahun depan.Seramai 300 peniaga kecil yang kebanyakannya Bumiputera dan berdep… Read More
PMINT Perkenal Dream Home Di KP Perdana, Seberang Paka PMINT memperkenalkan satu pakej pembangunan istimewa `Dream Home', yang menawarkan lot banglo di kawasan perdana KP Perdana, Kuala Terengganu dan Seberang Paka, Dungun di ekspo PMINT Property Fest 2017. Ketua Pegawai Ekse… Read More
TDM Berhad Catat Hasil Pendapatan RM428 Juta Anak syarikat kerajaan negeri, TDM Berhad mencatatkan peningkatan hasil pendapatan sebanyak 13 peratus iaitu dari RM380.8 juta ke RM428.5 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad R… Read More