Thursday, 7 September 2017

Tun Ahmad Faisal bersama ketua rombongan, Rogayah dan sebahagian dari peserta yang akan menyertai ibadah korban esok. Foto oleh Harish Fadzillah Kassim.

Seramai 50 pelancong muslim dari Singapura dijangka akan menyertai ibadah korban sempena Aidiladha di Kampung Bukit Wan, Batu Rakit pada 1 September ini.

Ketua rombongan dari Singapura, Rogayah Abdullah, 62, berkata kunjungan itu adalah yang kedua disertai olehnya.

Katanya, kerjasama dan layanan baik kerajaan negeri dan Unisza Tourism Sdn Bhd menyebabkan pihaknya meneruskan kunjungan ke Terengganu pada tahun ini.

Rogayah

"Saya amat berbesar hati apabila dapat mengerjakan ibadat korban di Terengganu buat kali kedua memandangkan pada tahun lepas semuanya berjalan dengan lancar.

"Untuk tahun ini, sebanyak lima ekor lembu dan empat ekor kambing akan dikorbankan manakala lima ekor kambing akan dibuat akikah," katanya.

Beliau ditemui pemberita pada Majlis Meraikan Peserta Korban Perdana Dari Singapura di Dataran Permata Seberang Takir, Kuala Nerus, hari ini.

Turut hadir, Pengarah Pelancongan Negeri Terengganu, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak mewakili Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Abdul Hamid

Seorang lagi peserta, Abdul Hamid Abdul Manan, 70, berkata ibadat korban di Malaysia khususnya di Terengganu amat berbeza dengan di Singapura.

"Amalan korban di sini amat cepat jika dibandingkan di Singapura. Ianya mengambil masa hanya dua jam untuk lapan ekor lembu dan enam ekor kambing hasil kerjasama yang dilakukan oleh penduduk setempat.

"Selain itu, pembahagian daging korban juga berbeza kerana di sini setiap bahagian diambil untuk diagihkan tidak seperti di Singapura," katanya.

Tambah Hamid, jika diberi kesempatan beliau akan turut menyertai ibadat korban di Terengganu pada tahun-tahun akan datang. - teganukite.net

Related Posts:

  • 1,300 Pengayuh Basikal Meriahkan Festival TSG Sebahagian peserta  yang mengambil bahagian dalam program TSG Fellowship Ride 2017 di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu, Harish Fadzillah Kassim  Kira-kira 1,300 pelumba basikal dari dalam dan luar negara meny… Read More
  • Terengganu Terima RM3.2 Juta Bagi Program Susu 1 Malaysia P Kamalanathan dan A. Latiff bersama sebahagian daripada pelajar yang menerima bantuan Program Susu 1 Malaysia di SK Jerong, Marang, hari ini. Foto oleh Zulkifli C.W. Putra. Kerajaan Persekutuan membelanjakan lebih RM3.2 j… Read More
  • Banjir : 13 Mangsa Pertama Dipindahkan 13 penduduk di Kampung Alur Damak, Batu Rakit, menjadi kumpulan pertama  mangsa banjir yang dipindahkan di Terengganu pada musim tengkujuh, hujung tahun ini. Kesemua mangsa melibatkan lapan lelaki dan empat perempu… Read More
  • Tabung Untuk Rohingya RM2.2 Juta, Lepasi Sasaran Awal Ahmad Razif menyerahkan sumbangan kepada Rozi untuk diserahkan kepada Tabung Rohingya bagi membantu etnik yang sedang tertindas itu. Foto Harish Fadzillah Kassim Usaha kerajaan negeri mewujudkan Tabung Terengganu Untuk … Read More
  • UniSZA, UMT Iktiraf Peranan J3K Dua institusi pengajian tinggi tempatan, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mengiktiraf tugas dan tanggungjawab Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) apabila&nb… Read More

Demi Masa

SABTU, 21 Jun 2018
9:08 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

75740
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan