Sunday, 27 August 2017

Menteri Besar bersama isteri, To' Puan Seri Halina Zakaria mencuba menyediakan masakan tradsional masyarakat peranakaan Cina di Festival Peranakan Negeri Terengganu 2017, di Kampung Cina, malam tadi. Foto oleh Zulkifli CW Putra

Kerajaan negeri bakal mewujudkan Pavilion Terengganu di bandar Huaxi, daerah terkaya di Wilayah Jiangsu, China dalam usaha menarik lebih ramai pelancong China ke negeri ini.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pembinaan pavilion  sebagai hab pelancongan yang berkonsepkan rumah tradisional Terengganu di kawasan seluas 0.4 hektar itu melibatkan peruntukan kira-kira RM3 juta. 

Katanya, kerajaan negeri sudahpun menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan kerajaan wilayah berkenaan dan proses pembinaan akan berjalan pada bila-bila masa dari sekarang.

"Pembinaan pavilion ini bertujuan memasarkan produk dan tarikan yang ada di Terengganu. Malah, ia juga akan dijadikan hab atau tapak kepada kerajaan negeri untuk mengadakan promosi tarikan serta pelancongan Terengganu di China.

"Kita juga akan mengadakan beberapa lagi usahasama dengan beberapa agensi di negara berkenaan," katanya kepada media selepas merasmikan Festival Peranakan Negeri Terengganu 2017, di Kampung Cina, malam tadi.


Ahmad Razif berkata, menerusi kerjasama antara dua negara itu kerajaan negeri yakin dapat menarik lebih 80,000 pelancong dari China untuk ke Terengganu pada tahun hadapan.


"Pembinaan pavilion berasaskan rumah tradisional Terengganu ini dijangka  mengambil masa  selama enam  hingga 12 bulan. Jika proses pembinaannya boleh berjalan secepat mungkin jadi kerajaan negeri yakin sasaran 80,000 pelancong ke Terengganu akan dapat dicapai," katanya. 


Tambahnya, Terengganu menjadi negeri pertama yang membangunkan pavilion dengan lokasi yang terletak di kawasan yang menempatkan mercu tanda pelancongan terkenal dari seluruh dunia seperti London Bridge. - teganukite.net

Related Posts:

  • Bandaraya Kuala Terengganu Berwajah Baru Mohd Jidin meninjau kawasan sekitar Batu Buruk yang diberi wajah baru. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail. Bandaraya Kuala Terengganu akan berubah wajah apabila landskap di pusat-pusat rekreasi diperindahkan lagi dengan… Read More
  • Terengganu Tawar Aktiviti Menarik Sepanjang 2018 Pelbagai aktiviti menarik di Terengganu bakal disajikan kepada pelancong pada setiap bulan pada sepanjang tahun bagi merancakkan industri pelancongan di negeri itu.Penolong Setiausaha Kerajaan (Pelancongan dan Kebudayaan) … Read More
  • Idea Kreatif Mampu Tingkat Kualiti Pelancongan Ahmad Razif menyambut kedatangan pelancong asing- Foto Tengku Syamim Tengku Ismail  Pengusaha produk pelancongan digesa membantu kerajaan negeri menghasilkan idea-idea yang kreatif untuk meningkatkan kualiti pelan… Read More
  • Atlet Tenpin Boling Jadi Duta Kecil Pelancongan Terengganu Atlet tenpin boling yang bakal mewakili Terengganu dalam Sukma 2018 di Perak. Foto oleh Zulkifli CW Putra. Atlet tenpin boling yang bakal mewakili Sukan Malaysia (Sukma) 2018 dilantik sebagai duta kecil dalam mempromosikan… Read More
  • 25 Pasangan Bulan Madu Dalam Houseboat Seramai 25 pasangan suami isteri menyulami pengalaman indah dan menarik apabila terpilih menyertai Proram Smartstart 2nd Honeymoon  dalam houseboat di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.Program dua hari satu malam berakhir… Read More

Demi Masa

KHAMIS, 19 Jun 2018
1:10 PM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

75721
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan