Seorang ibu sempat menyelamatkan menantunya yang sedang berpantang sejak lima hari lalu, di rumahnya ke kawasan selamat selepas kediaman mereka di Kampung Kuala Ping, Hulu Terengganu, mula dinaiki air malam tadi.
Siti Mat Zin ,58, berkata menantunya Siti Sarah Besar bersama cucunya terpaksa dipindahkan segera erikutan limpahan air dari Sungai Ping yang mendadak menenggelamkan persekitaran dan memasuki rumahnya.
"Mak cik pindah lewat malam dengan dibantu anak lelaki yang hantar ke Masjid Assyakirin ini sebab air naik laju dari tahun lepas manakala barang-barang dalam rumah dah lama simpan atas nasihat wakil rakyat kami Cikgu Rozi.
Norlin
"Cuma mak cik bersyukur sebab sempat pindahkan anak menantu mak cik yang dalam pantang bersalin lima hari ke rumahnya di Padang Tengir. Ketika itu air sudah di paras lutut," kata Siti kepada pemberita ketika ditemui di Pusat Pemindahan Banjir Kuala Ping.
Bagi Norlin Mohammad,34, juga berasal dari kampung Kuala Ping berkata, air yang naik tiba-tiba menyebabkan dia dan 10 ahli keluarga yang lain mula berpindah bermula jam 3 pagi.
Hujan yang turun tidak berhenti sejak petang semalam menyebabkan air naik dengan cepat dan hampir 85 peratus Kampung Kuala Ping, Tengkawang dan Kampung Tok Lawit ditenggelami air banjir.
Jalan utama juga dinaiki air yang mengakibatkan tiga buah kampung itu terputus hubungan dan ditutup kepada semua kenderaan berikutan dinaiki air sedalam 0.5 meter hingga 1.5 meter. - teganukite.net
SMK Chalok Ungguli Silat Daerah
Sekolah Menengah Kebangsaan Chalok (Model Khas) muncul juara keseluruhan Pertandingan Silat Seni Peringkat Sekolah-Sekolah Daerah Setiu apabila memenangi lapan daripada 14 acara yang dipertandingkan.
Pengerusi Unit Silat…Read More
81 Penuntut UniSZA Berbakti Di Kampung Seri Kenangan
Seramai 81 penuntut Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menyertai Program Khidmat Komuniti Dan Bakti Siswa di Kampung Seri Kenangan, Setiu selama dua hari, baru-baru ini.
Naib Canselor UniSZA, Prof Dato' Dr Ahmad Z…Read More
RM86,600 Untuk Orang Muda DUN Batu Rakit
Sebanyak RM86,600 diperuntukkan kerajaan negeri menerusi dana Transformasi Orang Muda (TOM) kepada 433 remaja di Dewan Undangan Negeri Batu Rakit, Setiu, baru-baru ini.
Majlis penyerahan baucer TOM disempurnakan Ahli De…Read More
500 Penduduk Jayakan Komuniti Kampung Lingai
Seramai 500 penduduk menjayakan Program Komuniti Masyarakat Kampung Lingai, di Kampung Lingai, Batu Rakit, Kuala Nerus, semalam.
Program anjuran Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (J3K) Gong dan Kawasan Rukun…Read More
JKM Bantu Pesakit Kaki Gajah Di Chendering
Zainal (kanan) melihat keadaan Eizan menghidap Morbid Obesity di rumahnya di Taman Permint Jaya, Chendering, Kuala Terengganu. Foto oleh Harish Fadzillah Kassim
Penderitaan seorang wanita yang mengalami jangkitan kum…Read More