Atlet tenpin boling yang bakal mewakili Terengganu dalam Sukma 2018 di Perak. Foto oleh Zulkifli CW Putra.
Atlet tenpin boling yang bakal mewakili Sukan Malaysia (Sukma) 2018 dilantik sebagai duta kecil dalam mempromosikan Terengganu di negeri-negeri luar.
Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak berkata, mereka akan dibawa bersama ke luar negeri dalam program Jelajah Beautiful Terengganu (JBT). Beliau yang juga bapa angkat kepada acara sukan tersebut berkata, dengan membawa atlet muda itu, ianya juga akan memberi semangat kepada mereka.
"Kita nak bawa mereka ke program-program jelajah ini dan mereka akan membantu mempromosikan Terengganu melalui program JBT. Jadi ini sebahagian daripada usaha untuk membina semangat atlet berdepan orang ramai.
"Mereka bukan sahaja menjadi seorang atlet tapi juga akan dijadikan duta kecil untuk mempromosikan Terengganu dan kita berharap ia akan membantu membina semangat atlet-atlet muda ini agar lebih bersedia untuk Sukma," katanya. Beliau ditemui pemberita dalam Majlis Ramah Mesra Persatuan Tenpin Boling Negeri Terengganu Bersama Bapa Angkat dan Jabatan Angkat Sukma XIX 2018 Perak di Coral Crown Bowl Paya Bunga Square, Kuala Terengganu, semalam.
Turut hadir, Timbalan Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu, Sabri Abas dan Ketua Pegawai Korporat Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu Wan Adnan Wan Derahman.
Tambah Tun Ahmad Faisal, siri jelajah tersebut akan bermula pada Februari ini di Melaka. Dalam pada itu, Wan Adnan berkata, PMINT yang dilantik sebagai jabatan angkat kepada sukan tenpin boling akan memberikan insentif terbaik kepada atlet yang membawa kejayaan kepada Terengganu dalam Sukma. "Kita akan berikan insentif dengan nilai yang cukup menarik kerana jika kita memenangi emas, ini merupakan emas pertama untuk sukan boling. "Malah kita tahu, sebelum ini Terengganu memang tidak kuat dalam sukan boling, tetapi dengan adanya kelengkapan yang cukup lengkap di Coral Crown Bowl, mungkin pasukan mampu mencipta kejayaan," katanya. - teganukite.net |
Wednesday, 17 January 2018
-
January 17, 2018
-
ketuapkp
-
PELANCONGAN , SUKAN
Related Posts:
5,000 Peminat Bola Sepak Saksi Perlawanan Akhir Piala Dunia Menteri besar menyampaikan penghargaan kepada penaja progam. Kira-kira 5,000 peminat bola sepak menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia 2018 yang ditayangkan melalui skrin gergasi di Pentas Budaya Pantai Kelulut, Marang, … Read More
Terengganu Tuan Rumah Kejohanan Tenpin Boling Maksak Terengganu bakal menjadi tuan rumah Kejohanan Tenpin Boling Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (Maksak) Malaysia 2018 Ogos ini. Setiausaha Kehormat Maksak Terengganu, Mohd Rahimee Mohd Ramli b… Read More
Peserta Luar LAJSM 2018 Meningkat Lima Kali Ganda Wan Sukairi (berdiri tiga kiri) menunjukkan t-shirt LAJSM 2018 di Majlis Sidang Media Pra-Pelancaran LAJSM 2018 di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu Kasim Peserta luar negara bagi Larian Antaraban… Read More
Bas Kite Promosi Terengganu Sepanjang Sukma Perak Wartawan Harian Metro, Zaid Salim menerima hadiah utama yang disampaikan A.Rahman selepas berjaya mengumpul jatuhan pin tertinggi bagi kategori VIP dalam pertandingan boling di Pusat Boling Paya Bunga Sentral Kuala Te… Read More
Kurangkan Penglibatan Orang Politik Dalam PBSNT Dr. Ahmad Samsuri ketika berucap di Majlis Perasmian Penutup Korobori Pengakap kanak-Kanak Peringkat Kebangsaan yang disempurnakan oleh Yang Di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin di K… Read More