Wednesday, 17 January 2018

kini membuka permohonan Geran Komuniti Penduduk 1Malaysia (KP1M) Tahun 2018 yang berjumlah sehingga RM10,000 kepada persatuan penduduk yang berdaftar.

Pengarah JPPMNT, Mohd Mufsi Lat berkata, program itu bertujuan memastikan kawasan kejiranan berada dalam suasana selamat dan tenteram.

Katanya, geran KP1M akan diagihkan bagi membiayai peralatan kawalan keselamatan, pembersihan dan penyelenggaraan kawasan kejiranan.

“Sehubungan itu, semua persatuan penduduk yang berdaftar di bawah JPPMNT adalah dipelawa untuk membuat permohonan tersebut.

“Ia bertujuan memastikan kawasan kejiranan berada dalam suasana selamat tenteram. Geran sehingga RM 10,000 akan diagihkan bagi membiayai peralatan kawalan keselamatan, pembersihan dan penyelenggaraan di bawah JPPMNT adalah dipelawa untuk membuat permohonan tersebut,”katanya dalam satu kenyataan kepada media, hari ini.

Mohd Mufsi berkata, penduduk dinasihatkan tidak melepaskan peluang keemasan yang disediakan kerajaan yang memperuntukkan RM40 juta bagi merealisasikan hasrat itu, sebagaimana yang diumumkan dalam Bajet 2018 oleh Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada Oktober tahun lalu.


Borang permohonan boleh dimuat turun di portal rasmi JPPM (www.ros.gov.my), portal rasmi sistem eROSES (www.eroses.gov.my) atau di kaunter JPPM Negeri yang berdekatan mulai sekarang dan tarikh tutup permohonan ialah pada 31 Oktober 2018.

HUBUNGI KAMI:

Pengarah
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Terengganu
Kementerian Dalam Negeri
No. 4-9, Tingkat 1,
Wisma Peladang Terengganu,
Jalan Sultan Mohamad,
21100 Kuala Terengganu, Terengganu.

Telefon : 09 - 626 5885 / 09 - 626 6886
No. Faks : 09 - 626 7887

Related Posts:

  • J3K Ambil Tahu, Salur Masalah Penduduk Setempat Ahmad Nizam menyampaikan sumbangan daripada kerajaan negeri kepada wakil J3K DUN Ajil sempena majlis Penyampaian Watikah Perlantikan J3K DUN Ajil, di Dewan Sivik Pekan Ajil. Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J… Read More
  • Terengganu Mahu Wujud Pusat Pemulihan Dadah Islamik Maliaman menikmati taam bersama wakil-wakil agensi selepas melakukan kunjungan ke Madrasah Khairul Insan di Jenagor Kerajaan negeri sedang merangka satu pusat pemulihan dadah berkonsep Islamik sepenuhnya bagi membantu pena… Read More
  • Jawatan J3K Bukan Suatu Kebanggaan, Tetapi Amanah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) perlu menjalankan tugas yang diamanahkan secara adil dan saksama sekali gus tidak menganggap jawatan itu sebagai suatu yang harus dibanggakan.Pengerusi Jawatankuasa Pemban… Read More
  • 68 Motosikal Disita Dalam Ops Rempit Jalanan Superitenden Mohd Said Ibrahim Sebanyak 68 buah motosikal disita dan 205 saman dikeluarkan dalam Operasi Bersepadu Samseng Jalanan yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah… Read More
  • Rempit, Pendekatan Polis Kemaman Dipuji Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menzahirkan tahniah dan syabas kepada Polis Daerah Kemaman  menerusi pendekatan yang terbaru diambil oleh pasukan keselamatan berkenaan yang diketuai Ketua Polis Daerah, Superin… Read More

Demi Masa

AHAD, 29 Jun 2018
7:19 PM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

75856
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan