Monday, 11 December 2017


Semakan pusat ujian kemasukan ke tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan semakan kemasukan ke Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu (YT) bagi tahun 2018 boleh dibuat bagi menduduki ujian kelayakan.

Pengarah Jabatan Pelajaran Terengganu, Shafruddin Ali Hussin berkata, laman sesawang semakan permohonan ke SBP dan SM Imtiaz YT telah bermula 30 November hingga 15 Disember 2017 di https://ss1.moe.gov.my/spat1_m.../ujian_uksbp/semak_uksbp.cfm.

Katanya, manakala tarikh menduduki UKSBP adalah pada 11 hingga 14 Disember 2017 di 14 pusat ujian seluruh Terengganu. Semakan tawaran boleh dibuat pada 29 Disember 2017.

“Manakala calon yang tidak berjaya mendapat tawaran dan yang tidak berkesempatan memohon secara online, talian e-Rayuan bagi sistem permohonan online ini akan dibuka semula pada 29 Disember 2017 hingga 16 Januari 2018.

“Calon boleh memohon pada tempoh tersebut di pautan www.sst1.moe.gov.my,” katanya.

Menurutnya, calon yang bakal menduduki ujian UKSBP hendaklah berpakaian sopan.

Selain itu, semakan permohanan kemasukan ke SM Imtiaz YT Semakan boleh dilakukan di pautan https://my01.awfatech.com/imtiaz2/sps/edaftar/statusreg.php. - teganukite.net

Related Posts:

  • JKM Jamin Bekalan Makanan Mencukupi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memberi jaminan bekalan makanan kepada mangsa bencana boleh bertahan sehingga Mac ini, jika banjir berterusan di Terengganu. Ketua Pengarah JKM, Datuk Zulkiply Ramli, berkata pihakny… Read More
  • Peniaga Jangan Ambil Kesempatan - MB Peniaga dinasihatkan agar tidak mengambil kesempatan terhadap pelancong dari dalam dan luar negara terutamanya ketika kerancakan kempen `Visit Beautiful Terengganu (VBT) 2017'. Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Ab… Read More
  • Gelombang Kedua Melanda Hulu Terengganu Gelombang banjir kedua mula melanda Hulu Terengganu apabila hujan lebat berterusan sejak semalam.Pengerusi Jawatankuasa Bencana Banjir Daerah Hulu Terengganu, Azmi Razik berkata, pusat pemindahan sementara yang baru mula d… Read More
  • Tiga Sekolah Masih Ditutup Walaupun kebanyakan kawasan yang dinaiki air semakin pulih di Terengganu, tiga buah sekolah rendah di Setiu dan Hulu Terengganu bagaimanapun masih ditutup berikutan jalan utama dan kawasan sekolah yang ditenggelami air. … Read More
  • Pusat Akuatik Dibuka Semula Pertengahan Bulan Ini Ahmad Razif dalam lawatannya ke Pusat Akuatik MBKT, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail. Pusat Akuatik Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) akan mula dibuka semula pada pertengahan Janu… Read More

Demi Masa

SELASA, 18 Mac 2018
2:57 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74697
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan