Monday, 11 December 2017


Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu (BPUNT), Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman menyifatkan ucapan penggulungan Presiden UMNO Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017 mencipta satu kelainan.

Beliau berkata, ianya cukup berbeza dengan ucapan di PAU sebelum ini yang mana pada PAU 2017, memberi satu semangat yang luar biasa kepada semua perwakilan.

"Mesyuarat Perwakilan Sayap-sayap  UMNO di PAU 2017 amat hebat sekali dengan menyentuh dan memberi suntikan besar kepada pejuang UMNO termasuklah ucapan penggulungan daripada YAB Presiden, saya nampak satu kelainan dan semangat yang saya tak pernah lihat sebelum ini.

"Sebaik sahaja, mereka (perwakilan) ini pulang ke kawasan masing-masing,akan dibawa bersama 'aura' baharu bagi persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang dijangka diadakan pada awal tahun hadapan berdasarkan kesungguhan yang ditunjukkan oleh semua perwakilan, respon dan reaksi dari perwakilan-perwakilan.

"Saya nampak tiada masalah dalam UMNO kerana segala permasalahan sebelum ini sudah selesai dan pemilihan kepimpinan (jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan) sudah tidak timbul," katanya ketika diminta mengulas mengenai Ucapan Penggulungan Presiden Parti, di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, semalam.

Ahmad Razif berkata, semua peringkat harus akur dengan lontaran pandangan dan nasihat yang diberikan oleh Presiden Parti dan memberi tumpuan sepenuhnya pada PRU14 yang akan datang pada bila- bila masa.

"InsyaAllah berbekalkan semangat PAU 2017 yang diberikan kepada semua perwakilan, kami akan pulang dan membuat persiapan yang lebih baik bagi memastikan kemenangan PRU14 berpihak kepada Barisan Nasional,"ujarnya. - teganukite.net

Related Posts:

  • Terengganu Inc Bayar Dividen RM5 Juta Kepada Enam Agensi Pemegang Saham Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Inc, Dr Wan Ahmad Rudirman Wan Razak (kiri) menyerahkan replika cek kepada Menteri Besar sempena Majlis Penyampaian Agihan Dividen Terengganu Incorporated Sdn Bhd Kepada Pemegang Saham di… Read More
  • Makanan Di Pusat Pemindahan Banjir Bagai Di Restoran Biarpun berstatus Pusat Pemindahan Sementara (PPS) tetapi makanan yang disediakan untuk mangsa banjir hampir sama dengan restoran.Begitulah pandangan mangsa banjir di PPS Sekolah Kebangsaan Kuala Besut 2, Besut yang mendap… Read More
  • JaPen Ceriakan Sesi Baru Persekolahan 73 Pelajar Mazli bersama pelajar SK Jongok Batu yang menerima barangan sekolah. Foto oleh JaPen Dalam usaha mengurangkan tanggungan ibu bapa menjelang sesi persekolahan baru, Jabatan Penerangan (JaPen) Negeri Terengganu mengadakan… Read More
  • Pengamal Media Cetus Inspirasi Para pemenang bagi Majlis Anugerah Media Kreatif TTB bersama Dato' Zubir di Wisma Darul Iman. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim. Pengamal media diharapkan membawa khabar yang baik, membina semangat, memberi inspirasi, menya… Read More
  • 560 Murid 6A UPSR Tetap Diraikan Terengganu akan membelanjakan RM280,000 sebagai insentif kepada 560 murid yang memperolehi 6A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2017. Sepanjang tempoh tiga tahun, kerajaan negeri memperuntukkan hampir RM1.7 ju… Read More

Demi Masa

AHAD, 16 Mac 2018
9:35 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74666
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan