Monday, 27 March 2017


Pembangunan Bandar Baharu Kuala Ping berjalan rancak mengikut jadual bagi merealisasikan perancangan sebagai pusat pertumbuhan desa utama di Dewan Undangan Negeri(DUN) Telemong menjelang 2018.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telemong, Dato' Rozi Mamat berkata, bandar baharu berkenaan akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan awam termasuk perumahan rumah kos rendah, lot-lot perkedaian, mini stadium dan pelbagai prasarana serba lengkap untuk manfaat masyarakat setempat.

Katanya, bajet untuk pembangunan Bandar Baru Kuala Ping dijangka berjumlah hampir RM100 juta.

“Insya- Allah,  pembangunan bandar sudah pun bermula pada tahun ini dan dijangkakan siap sepenuhnya dalam tempoh terdekat iaitu awal 2018 untuk kemunculan sebuah bandar baharu yang lengkap untuk kemudahan penduduk di Kuala Ping khususnya bagi Dun Telemong,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Makan Malam & Penyampaian Hadiah Pertandingan PDM N21 Telemong di Dewan Sivik Kampung Kuala Pueh, Hulu Terengganu, malam tadi.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri turut menyentuh mengenai perancangan pembangunan belia di Terengganu untuk 2017 dengan melaksanakan pelbagai program serta aktiviti seiring dengan kehendak kepimpinan utama negara berasaskan Transformasi Nasional 2050 (TN50).

"Kita akan bergerak seiring dengan kehendak dan pembangunan kerajaan serta bersedia untuk mengemukakan pandangan ke arah memantapkan TN50 dan saya nampak sambutan terhadap TN50 sangat baik terutama di kalangan belia.

"Saya berharap belia seluruh negeri Terengganu akan menjadi belia yang lebih kompetitif  dan kreatif pada masa akan datang," katanya. - teganukite.net

Related Posts:

  • Sedih Tak Mampu Tatap Wajah Menteri Besar- Makcik Bidah Ahmad Razif berbual mesra dengan Makcik Bidah. Foto Zukifli C W Putra "Makcik gembira apabila mengetahui Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman bersama isteri mahu datang melawat."Pada masa sama makcik berasa … Read More
  • GPMS Anjur Sidang DUN Muda Akhir Januari Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Terengganu akan menganjurkan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Muda GPMS Terengganu buat kali kedua pada akhir Januari ini.Pengerusi GPMS Terengganu, Tengku Haphiz Te… Read More
  • Sasar Kalangan Orang Asli Sertai APM Terengganu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu mensasarkan pengambilan anggota baru dikalangan orang asli bagi memperkasakan dan mengembangkan sayap APM dalam komuniti mereka di negeri ini.Pengarah APM Terengganu, Lt. … Read More
  • Enam Anak Terengganu Sertai YES Di AS Shafruddin melancarkan tagline Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Terengganu. Enam anak Terengganu berjaya mengharumkan nama negeri apabila mengikuti program pertukaran pelajar melalui Program Kennedy-Lugar Youth Exchange A… Read More
  • MyBAS Elektrik Bakal Beroperasi Di Kuala Terengganu Ahmad Razif memotong riben tanda simbolik melancarkan perkhidmatan MyBAS. Foto oleh Harish Fadzillah Kassim Kuala Terengganu menjadi bandar pertama di negara ini yang akan menawarkan perkhidmatan bas henti-henti mengunapa… Read More

Demi Masa

JUMAAT, 11 Julai 2018
8:39 PM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

75982
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan