Tuesday, 3 October 2017


Permohonan bantuan sesi persekolahan 2018 akan dibuka secara atas talian  mulai 5 sehingga 31 Oktober ini melalui laman sesawang danattb.terengganu.gov.my.

Syarat permohonan bagi pendapatan keluarga daripada RM2,000 sebelum ini dinaikkan kepada RM2,500 ke bawah dan setiap pelajar layak menerima RM100 dengan maksimum dua pelajar setiap keluarga.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang, berkata bagi tujuan itu, kerajaan negeri memperuntukkan kira-kira RM14 juta untuk diagihkan kepada lebih 120,000 pelajar pada Disember atau sebelum sesi persekolahan 2018 bermula.

Katanya, peruntukan yang berjumlah RM12 juta tahun lalu (melibatkan 109,880 pelajar) meningkat kepada RM14 juta tahun ini antara usaha kerajaan Terengganu membantu meringankan beban keluarga yang kurang berkemampuan dalam membuat persediaan setiap kali tibanya  musim persekolahan yang baharu.

“Manakala sebanyak RM9.5 juta  diperuntukkan kepada 94,966 pelajar pada 2014, RM10.2 juta, 101,984 pelajar (2015) dan sejumlah RM10.4 juta diagihkan kepada 104,021 pelajar pada 2016.

“Bantuan yang akan diagih mengikut kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) melalui wakil rakyat atau Pegawai Pembangunan Parlimen di kawasan terlibat itu memasuki tahun ke-13 pelaksanaan sejak 2005 hingga tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Wima Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.
Katanya, dia berharap ibu bapa menggunakan sumbangan itu sebaik mungkin dengan membeli kelengkapan sekolah, alat tulis dan bukannya berbelanja kepada perkara yang tidak berfaedah.

“Seboleh-bolehnya saya mahu melihat anak-anak yang mendapat bantuan ini mengenakan pakaian baru pada sesi persekolahan akan datang.

“Sebaliknya, tidak wajar sekiranya ibu bapa memberi alasan tidak berduit untuk beli pakaian baru kerana duit sudah diberi,”katanya. - teganukite.net

Related Posts:

  • Berubah Kerana Allah S.W.T-Bekas Mak Nyah “Bagi saya penghijrahan bermula dari dalaman dan bukannya daripada luaran, kerana ianya tidak akan kekal. Jadi kebanyakan kawan-kawan  saya dia beranggapan bila kita nak berhijrah, kita kena berhijrah dari lu… Read More
  • "Teruskan `Me-rocket' The Pocket Rocket Man" - MB Kejayaan demi kejayaan telah dilakarkan oleh warga Terengganu dalam bidang akademik, sukan dan sebagainya hingga ke peringkat antarabangsa.Kejayaan `The Pocket Rocket Man', Azizulhani Awang yang merangkul  Pingat Emas … Read More
  • Sultan Terengganu Berkenan Rasmi Masjid Sentol Patah Sultan Mizan menandatangani plak perasmian. Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat merasmikan Masjid Kampung Sentol Patah, Marang hari ini. Keberangkatan baginda diiringi anakanda, Yang Dipert… Read More
  • Rempit, Pendekatan Polis Kemaman Dipuji Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menzahirkan tahniah dan syabas kepada Polis Daerah Kemaman  menerusi pendekatan yang terbaru diambil oleh pasukan keselamatan berkenaan yang diketuai Ketua Polis Daerah, Superin… Read More
  • Terengganu Mahu Wujud Pusat Pemulihan Dadah Islamik Maliaman menikmati taam bersama wakil-wakil agensi selepas melakukan kunjungan ke Madrasah Khairul Insan di Jenagor Kerajaan negeri sedang merangka satu pusat pemulihan dadah berkonsep Islamik sepenuhnya bagi membantu pena… Read More

Demi Masa

JUMAAT, 18 Julai 2018
8:04 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

76143
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan