Sunday, 29 July 2018

Sultan Mizan menandatangani plak perasmian.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat merasmikan Masjid Kampung Sentol Patah, Marang hari ini.

Keberangkatan baginda diiringi anakanda, Yang Dipertuan Muda Tengku Muhammad Ismail dan Tengku Muhammad Mua'az serta Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah dan Pegawai Daerah Marang, Mat Azmi Arshad.



Sultan Mizan berkenan bertitah dan menyempurnakan perasmian dengan menandatangani plak perasmian.

Masjid Kampung Sentol Patah yang bernilai RM4.7 juta siap dibina pada 2014 bagi menggantikan masjid lama yang dibina pada 1965.

Kemudahan ibadat yang terletak di mukim Rusila itu dapat menampung kira-kira 1,000 jemaah dalam satu-satu masa.

Related Posts:

  • Group Bidaan Amal Turun Padang Bantu Mangsa Banjir Group Bidaan Amal Numismatik Sejagat dengan kerjasama Pekida Kemaman dan Pertubuhan Al Amin memperuntukkan RM3,000 kepada 100 keluarga di Kampung Matang, Hulu Telemong. Pengerusi Group Bidaan Amal Numismatik Sejagat,J… Read More
  • Hasil Perbengkelan UKOM Ditambah Baik Hasil perbengkelan Unit Komunikasi Negeri (UKOM) Terengganu menerusi Bengkel Penetapan Haja Tuju dan Strategi akan diteliti untuk ditambah baik supaya mampu mencapai visi serta misi penubuhannya sejak 2004. … Read More
  • Felcra Berhad Peruntuk RM250 Ribu Kepada 509 Mangsa Banjir Felcra Berhad memperuntukan RM250,000 kepada 509 mangsa banjir di kalangan pesertanya di Terengganu yang terlibat bencana itu, baru-baru ini. Pengurus Besar Wilayah Felcra Berhad Timur, Saifuddin Omar berkata, peruntu… Read More
  • BAKTI Hulur Sumbangan Kepada 437 Mangsa Banjir Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) meneruskan bantuan kemanusiaan pasca banjir di negeri ini dengan menyampaikan sumbangan bernilai kira-kira RM88,000 kepada 437 keluarga y… Read More
  • Rakyat Gembira Bersemuka Dengan MB Prihatin dengan masalah rakyat, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman mengambil langkah proaktif untuk menyelesaikan setiap isu melingkari masyarakat dengan mengadakan hari bersama rakyat di kediamannya (Seberan… Read More

Demi Masa

KHAMIS, 19 Jun 2018
6:11 PM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

75722
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan