Tuesday, 31 July 2018
Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menzahirkan tahniah dan syabas kepada Polis Daerah Kemaman menerusi pendekatan yang terbaru diambil oleh pasukan keselamatan berkenaan yang diketuai Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd Said Ibrahim dalam menangani dan membanteras gejala rempit.
"Pendekatan yang terbaru diambil oleh pihak polis bahagian ini dalam menangani dan membanteras gejala rempit ini adalah pendekatan yang sangat baik dan wajar dipuji," kata beliau dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi laman Facebook `Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar', hari ini.
Dalam operasi Ops Bersepadu Samseng Jalanan Daerah Kemaman yang dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik pada 26 Julai yang lalu, seramai 79 orang mat motor yang ditahan dibawa untuk solat Subuh berjemaah, mengadakan bacaan Yasin dan juga sedikit peringatan dari imam yang bertugas.
"Dalam usaha mencegah budaya rempit ini, bukan aspek luaran sahaja perlu diambilkira tetapi pengisian rohani amat penting dalam mendidik anak muda kita yang terjebak dengan budaya yang tidak sihat ini. Syabas sekali lagi diucapkan,"ulas beliau lagi - teganukita.net
Related Posts:
Sultan Mizan Seru Umat Islam Hati-Hati Gerakan Menongkah Arus Fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah Sultan Mizan bertitah merasmikan Kolokium Ahli Sunnah Wal Jamaah Peringkat Negeri di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam, hari ini. Foto Oleh: Tg Syamim Tg Ismail Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menyeru u… Read More
Bantuan Mangsa Ribut Akan Disegerakan- Ahmad Razif Menteri Besar bersama kepimpinan negeri dan kawasan meninjau kesan kejadian ribut petang semalam di sekitar Paya Resak, Marang. Foto oleh Zulkifli CW Putra Kerajaan negeri akan memastikan semua rumah yang rosak akib… Read More
Ketua Jabatan Negeri Jadi Duta Kecil Promosi Tasik Kenyirhttps://3.bp.blogspot.com/-Txn7TnxFFNk/We3cniuWchI/AAAAAAAAB34/xGFMYvSSKW0NwhvmhmmudNL3V6SN9NbKACLcBGAs/s1600/IMG-20171023-WA0056.jpg Ketua-ketua jabatan dan agensi negeri ini bakal menjadi duta kecil bagi mempromosikan Tasik Kenyir sebagai satu destinasi pelancongan utama di Terengganu dan Malaysia khasnya.Melalui program lawatan kerja sehari ke Tasik K… Read More
Perjuangan UMNO - Pas Sama, Tegakkan Agama - Ahmad Razif UMNO sudah lama membuka pintu rundingan untuk bekerjasama dengan Pas. Malah pucuk pimpinan tertinggi negara, Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak juga sudah beberapa kali menawarkannya, kata Pengerusi Perhubung… Read More
Jalan Berisiko Di Telok Kalong - Bandar Baru Kijal Akan Dibaiki Segera Kerajaan negeri akan membaik pulih jalan rosak dan berisiko menyebabkan kemalangan di sepanjang Kawasan Perindustrian Telok Kalong ke Bandar Baru Kijal, Kemaman dengan kadar segera. Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur … Read More