Tuesday, 24 October 2017


Ketua-ketua jabatan dan agensi negeri ini bakal menjadi duta kecil bagi mempromosikan Tasik Kenyir sebagai satu destinasi pelancongan utama di Terengganu dan Malaysia khasnya.

Melalui program lawatan kerja sehari ke Tasik Kenyir, kerajaan negeri mahu supaya ketua-ketua jabatan turun padang untuk melihat, mendengar, merasai, mengalami dan menghayati sendiri keunikan produk serta destinasi pelancongan negeri ini agar mendapat informasi dan engalaman  terbaik destinasi  masing-masing.

Program cetusan idea Menteri Besar, Dato'Seri Ahmad Razif Abd Rahman bagi melonjakkan sektor pelancongan sebagai penjana pendapatan ekonomi negeri dengan pelbagai produk ekopelancongan yang ditawarkan.


Seramai 147 ketua-ketua jabatan negeri, persekutuan, pihak penguasa tempatan negeri, persekutuan, universiti, institusi negeri dan jabatan anak syarikat negeri menyertai lawatan kerja sehari melalui lapan siri program.


Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Azlimin Mat Noor berkata, program hasil cetusan idea terbaik Menteri Besar bagi memperkenalkan Tasik Kenyir kepada orang ramai.

"Saya sendiri telah beberapa kali mengadakan program-program bersama pegawai-pegawai kanan di Tasik Kenyir di samping menunjukkan keindahan yang ada di sini.

"Setakat ini, ianya berjaya mempromosikan Tasik Kenyir sebagai lokasi terbaik untuk pelbagai aktiviti dan mendapat tindakbalas positif daripada mereka yang telah mengikuti program yang pihak bomba adakan,"katanya kepada Teganukita ketika ditemui di Program Lawatan Kerja Ketua-ketua Jabatan ke Tasik Kenyir di Pengkalan Gawi, Hulu Terengganu, hari ini.

Bagi Azlimin, mungkin kerajaan negeri dapat melakukan sedikit penambahbaikan dari segi tarikan sepanjang perjalanan ke Tasik Kenyir termasuk mengadakan hentian-hentian di sepanjang laluannya.

"Mungkin kita boleh buah hentian-hentian seperti gerai-gerai makanan atau buah-buahan,kraftangan dan lokasi bergambar dengan pelbagai permandangan bagi menarik perhatian pelancong sepanjang perjalanan mereka ke destinasi seperti laluan ke Santuari Kelah,"katanya lagi.

Menurutnya lagi,program seperti ini harus diperkembangkan lagi supaya semua pihak akan menjadi duta kecil bagi mempromosi pelancongan di Terengganu pada masa akan datang. - teganukite.net

Demi Masa

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan