Thursday, 1 December 2016

Ahmad Razif menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Pembangunan Pelaksanaan Projek 'Waste To Wealth' di antara Mercu RE Solution Sdn Bhd dengan Kerajaan Terengganu di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim

Terengganu bakal mengaplikasikan teknologi hijau mesra alam dari Denmark dikenali REnescience, di tapak pelupusan sampah Sungai Ikan, Tepoh, yang pertama di rantau Asia Tenggara, bermula tahun depan .

Projek bernilai RM240 juta mampu memproses sekurang-kurangnya 400 hingga 450 tan metrik sampah sehari bagi mengeluarkan gas metana yang boleh menjana tenaga elektrik.

Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman, berkata pelabur telah membuat kajian secara terperinci dan mendapati sisa perbandaran di Kuala Terengganu mampu menghasilkan lima megawatt tenaga elektrik.


Katanya, buat permulaan, teknologi itu akan digunapakai Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dengan kerjasama pihak swasta untuk memproses sisa sampah bagi menghasilkan  lima megawatt tenaga elektrik yang akan dijual kepada Tenaga Nasional Berhad.

“Manakala bahan bukan organik seperti plastik termasuk bekas makanan dan minuman pula akan diproses untuk menghasilkan kira-kira  40,000 liter diesel sehari dan resin yang akan menjadi bahan mentah bagi menghasilkan produk plastik.

“Melalui teknologi sama yang mampu memproseskan hampir 90 peratus bahan buangan di tapak pelupusan sampah itu akan diperluaskan ke daerah lain kerana menyedari mampu menjaga persekitaran alam berbanding kaedah konvensional,”katanya.


Beliau berkata demikian  pada Majlis Menandatangani Perjanjian Pembangunan Pelaksanaan Projek 'Waste To Wealth' di antara Mercu RE Solution Sdn Bhd dengan Kerajaan Terengganu di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur, hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail dan Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Ahmad Razif berkata, pelaksanaan projek yang akan dikelola MBKT bersama Mercu RE Solution itu dijangka mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak RM236 juta pada 2020.


“Projek seumpama ini berjaya dilaksanakan di Eropah termasuk di Denmark dan sebuah loji yang sama sedang dibina di Manchester, United Kingdom yang akan beroperasi pada awal 2017.

“Pelaksanaan projek itu kelak mampu menawarkan sekurang-kurangnya 100 peluang pekerjaan, selain berupaya memanjangkan jangka hayat tapak pelupusan,”katanya.

Related Posts:

  • Kementerian Kesihatan Pantau 24 Projek ‘Sakit’ Dr Dzulkefly melawat adik Nur Zulaikha Khumaira di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu Kasim Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan memberi perhatian serius dan mem… Read More
  • Khumaira Anak Angkat Terengganu Ahmad Samsuri melawat Khumaira yang sedang dirawat di HSNZ. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail  Kerajaan negeri bercadang  mahu menjadikan kanak-kanak malang Nur Zulaikha Khumaira Zulkifli, 7,  yan… Read More
  • EPIC Berhad Sumbang RM65,000 Kepada Perkaya Noor Fadzil menyerahkan simbolik sumbangan kepada Prof. Dato' Dr. Tengku Mahmud. Eastern Pacific Industrial Corporation (EPIC) Berhad menyerahkan sumbangan berjumlah RM65,000 kepada Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim (Perk… Read More
  • KBC Hanya Beroperasi Selepas Dibenarkan Bomba Anggota Bomba sedang melakukan pemantauan di tangki minyak yang musnah Kilang penapisan Kemaman Bitumen Company (KBC) Sdn Bhd di Kawasan Perindustrian Teluk Kalong, Kemaman yang mengalami kebakaran tiga tangki minyak m… Read More
  • SCM Komited Bantu Masyarakat Sebahagian daripada Jawatankuasa SCM bergambar selepas Majlis Sambutan Aidilfitri semalam.  Skuad Cakna Masyarakat (SCM) Hulu Terengganu terus komited memperjuangkan usaha murni mereka melalui kebajikan kepada masyara… Read More

Demi Masa

RABU, 25 Jun 2018
1:51 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

75798
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan