Wan Nawawi menyampaikaan anugerah kepada Harun pada pada Majlis Anugerah Pekerja Cemerlang Bulanan Peringkat Wisma Darul Iman. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail
Majikan mana-mana jabatan kerajaan di negeri ini sewajarnya menjiwai peranan, minat dan kecenderungan setiap kakitangan bawahan agar pelaksanaan tugas yang diarahkan berjalan lancar.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail, berkata majikan perlu memahami dan mengetahui sama ada pengagihan tugas bersesuaian atau sebaliknya.
Katanya, sekiranya perkara itu tidak diketahui pastinya kakitangan berkenaan sukar untuk menguruskan tugas secara bijaksana kerana wujudnya sifat tidak ikhlas, malah lebih teruk akan menimbulkan tekanan perasaan..
“Pekerja yang alami situasi sebegini, saya mahu berpesan agar meluahkan hasrat secara berdepan dengan majikan masing- masing yang berkemungkinan kurang memahami atau boleh diertikan sebagai tidak tahu.\
“Perkara ini nampak kecil, sekiranya melarat pastinya akan menimbulkan suasana kerja yang tidak sihat, ada di antara kakitangan pula bermasam muka, memendam rasa dan wujud persengketaan dalaman,”katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Anugerah Pekerja Cemerlang Bulanan Peringkat Wisma Darul Iman bagi bulan Januari dan Februari, di WDI, Kuala Terengganu, hari ini.
Antara penjawat awam yang menerima anugerah bagi Februari, Penolong Pegawai Penerangan, Harun Hasan dari Unit Komunikasi Negeri Terengganu, Syarifah Romiwati Tuan A Rahman (Pembantu Tadbir) dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan Mazuki Salleh (Pembantu Tadbir), Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Terengganu.
Manakala anugerah pada Januari pula, Nor Azlyn Ezura Hasmin (Perangkaan) dari Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu, Noraiza Mohd Nor (Pembantu Tadbir), Unit Audit Dalaman. - teganukite.net
|
Thursday, 9 March 2017
Related Posts:
Faiz Terima Komputer Riba Seorang pelajar yang menghidap penyakit Celebral Palsy, Ahmad Faiz Ibrahim, 19, menerima komputer riba sumbangan kerajaan negeri, bagi memudahkan sesi pembelajarannya di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Menteri… Read More
Terengganu Sasar 2,027 Calon UPSR Peroleh 6A Calon UPSR mencium tangan Ahmad Razif bagi memohon restu sebelum melangkah ke dewan peperiksaan di Sekolah Kebangsaan Kompleks Seberang Takir, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu Kassim. Terengganu mensasarkan jum… Read More
Kota Putera Square Tarikan Baharu Di Besut Kota Putera Square (KPS), yang siap pembinaanya kini menjadi mercu tanda baharu kepada pusat pentadbiran Daerah Besut apabila mula beroperasi secara rasmi selepas majlis penyerahan projek itu daripada kontraktor kepada Ma… Read More
Terengganu Belanja RM4.2 Juta Jayakan Program Pintar Al-Quran Tabika Kemas Setiap Tahun Pasukan Besut bergambar dengan Menteri Besar dan kenamaan lain sebagai meraikan kemenangan futsal selepas menewaskan Kuala Terengganu di pentas akhir sempena Majlis Penutup Hari Potensi Kanak-Kanak Tabika Kemas peringkat N… Read More
Setiap DUN Perlu Cari Inisiatif Adakan Program Gaya Hidup Sihat Dan Tangani Kos Sara Hidup Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman menyarankan semua pemimpin di Dewan Undangan Negeri (DUN) mengadakan program ke arah gaya hidup sihat serta mampu mengurangkan bebanan hidup rakyat yang menepati satu daripa… Read More