Thursday, 7 September 2017
Ketika masyarakat Islam berpusu-pusu pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menyambut Aidiladha bersama keluarga, saudara dan sahabat handai, seramai 50 warga Singapura memilih untuk meraikannya di Terengganu.
Mereka adalah peserta Program Ibadah Korban dan Aqiqah Bersama Penduduk memilih untuk berada di Kampung Bukit Wan, Batu Rakit bagi merasai kelainan sambutan Aidiladha di sini berbanding di Singapura.
Pengurus Sektreatariat program itu, Wan Rafiah Wan Mohd Mustafa, berkata program tahun kedua anjuran bersama UniSZA Holding Sdn Bhd, JKKK Kampung Bukit Wan dan Pejabat Daerah Kuala Nerus itu mendapat sambutan sangat menggalakkan.
Katanya, kebanyakan warga Singapura yang menyertai program itu adalah peserta ulangan, mereka teruja untuk kembali menyertai program sama, melihat kerjasama dan semangat bergotong-rotong penduduk mengadakan kenduri.
"Mereka berpeluang menyaksikan bagaimana ibadah korban dilaksanakan dan melihat sendiri lembu disembelih serta menikmati juadah gulai daging.
“Pengalaman ini cukup berharga buat peserta program, yang sebelum ini tidak berpeluang mengalaminya di negara asal dimana diberi baucer untuk mendapatkan daging korban,”katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Teganukita pada program itu hari ini.
Perasmian penutup disempurnakan Ahli Dewan Undagan Negeri, Bazlan Abd Rahman.
Seorang peserta program itu, Maniseh Abd Siray, 50 berkata, pengalaman pertama menyambut Aidiladha di Terengganu dengan suasana kampung amat dirasai, lebih-lebih lagi menyaksikan ibadah korban.
"Kalau di Singapura, kita selalunya bagi nama sahaja dan ibadah korban itu diuruskan oleh pihak masjid dan kita tidak dapat melihatnya.
"Harga satu bahagian lembu korban di Singapura di antara RM1,500 hingga RM1,800," katanya. - teganukite.net
Related Posts:
EKSPO TERENGGANU 2018: Jelajah Ke Setiap Daerah Ahmad Razif menyampaikan replika kunci Proton Iriz kepada Hindun Kerajaan negeri bercadang memperluaskan program Ekspo Terengganu 2018 ke setiap daerah dalam usaha menyampaikan maklumat daripada kerajaan secara tepat ke… Read More
EKSPO TERENGGANU 2018 : Kumpulan Dendang Anak Pukau Penonton Kumpulan Dendang Anak Jenagor berjaya memukau pengunjung Ekspo Terengganu 2018, di Pekarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus, dengan persembahan unik mereka tentang kebudayaan melayu dalam menyampaikan lagu b… Read More
EKSPO TERENGGANU 2018: Tutup Dua Jam Untuk Solat Jumaat Tengku Putera menikmati hidangan bersama pengamal media Ekspo Terengganu 2018, di Pekarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus akan ditutup sementara waktu bermula jam 12.00 tengah hari … Read More
EKSPO TERENGGANU 2018 : Senarai Pemenang Belum Tuntut Hadiah Berikut adalah senarai nama pengunjung yang menyertai cabutan bertuah dan belum menuntut hadiah masing-masing sempena Ekspo Terengganu 2018 bermula 25 Februari sehingga 27 Februari 2018.Pihak urusetia Ekspo Terengganu 2018 … Read More
EKSPO TERENGGANU 2018: Hari Ketiga Rekod Lebih 100,000 Pengunjung Orang ramai yanng mengunjungi Ekspo Terengganu 2018. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail Dalam tempoh tiga hari, sehingga semalam hampir 100,000 individu pelbagai peringkat umur direkod mengunjungi Ekspo Terengganu 201… Read More