Tuesday, 6 March 2018

Ahmad Razif menyampaikan replika kunci Proton Iriz kepada Hindun

Kerajaan negeri bercadang memperluaskan program Ekspo Terengganu 2018 ke setiap daerah dalam usaha menyampaikan maklumat daripada kerajaan secara tepat kepada masyarakat setempat.

Menteri Besar,  Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata,  program sama akan diadakan dalam tempoh tiga hari dua malam dengan menekankan pelbagai  kelebihan  yang ada di daerah terlibat.

Katanya, pemilihan daerah yang akan memulakan program pada bulan depan itu akan diputuskan dalam  Mesyuarat Ahli- Ahli Majlis Kerajaan Negeri.

"Oleh itu, saya meminta pihak berkaitan di setiap daerah bersedia untuk melaksanakan program sama tetapi dalam skala yang lebih kecil," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Meraikan Petugas Ekspo Terengganu 2018, di pekarangan Stadium Negeri Gong Badak, Kuala Nerus, malam tadi.

Hampir 5,000 petugas termasuk pengamal media hadir pada majlis yang menawarkan hadiah utama cabutan bertuah sebuah Proton Iriz.

Kenderaan itu berjaya dibawa pulang petugas yang juga peniaga buah, Hindun Melor, 56, dari Permaisuri, Setiu.

Ahmad Razif turut memberitahu,  jika ada kemampuan, program sama akan dipanjangkan ke setiap Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Apa yang penting kita mahu rakyat faham apa yang dilaksanakan kerajaan, sekiranya ada kekurangan kita akan perbetulkan "katanya.

Ketika diminta mengulas mengenai sambutan ekspo berkenaan, Ahmad Razif melahirkan rasa bangga dengan sambutan orang ramai di mana ia berjaya merekodkan sehingga 700,000 pengunjung pelbagai peringkat umur.

"Rata- rata mereka melahirkan rasa teruja dan seakan tidak puas walaupun beberapa kali mengunjungi ekspo ini, " katanya. - teganukite.net

Related Posts:

  • PRU14 : Beri Mandat BN Terus Terajui Terengganu Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak bersama calon-calon BN Hulu Terengganu pada Program Mesra Rakyat Daerah Hulu Terengganu di Dewan Komuniti Kuala Berang, hari ini. Foto Oleh: Tengku Syamim Tengku Ismail.… Read More
  • PRU14 : Pembangkang Terdesak Tabur Fitnah Oleh :Ezzuan AhmadPembangkang sekali lagi dilihat terdesak apabila meraih simpati pengundi dengan membuat serangan peribadi terhadap calon kerusi N28, Paka, Tengku Hamzah Tengku Deraman.Dalam fitnahnya yang terbaru menyatak… Read More
  • PRU14: BN Tarik Balik Penggantungan Raja Ahmad Soufi Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak bersetuju untuk menarik balik penggantungan keahlian Ketua Cawangan UMNO Kampung Langgar, Raja Ahmad Soufi Sulaiman.Jelasnya, penarikan balik penggantungan ini bagi mema… Read More
  • PRU14 : Pembangunan Bukan Dari Tangan Pembangkang Oleh : Ezzuan AhmadPembangunan fizikal dan program kebajikan rakyat yang dikecapi oleh penduduk di Paka pada masa kini dilaksanakan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) dan bukannya hasil usaha pembangkang.Calon bagi kerusi … Read More
  • Inisiatif UTC Terbaik Di Dunia Mohd Najib menyerahkan Mykid dan sijil kelahiran kepada pengunjung yang mendapatkan perkhidmatan UTC sempena perasmian UTC  di Paya Bunga Square. Foto oleh Harish fadzillah Abu Kassim Tiada mana-mana negara d… Read More

Demi Masa

ISNIN, 17 Mac 2018
2:29 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74677
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan