Monday, 5 March 2018

Tengku Putera menikmati hidangan bersama pengamal media


Ekspo Terengganu 2018, di Pekarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus  akan ditutup sementara waktu  bermula jam 12.00 tengah hari sehingga jam 2.00 petang  pada Jumaat ini untuk memberi ruang  umat Islam menunaikan Solat Jumaat.

Timbalan Pengerusi 2 Jawankuasa Induk ekspo itu, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang, berkata keputusan itu dibuat bagi mengelak umat Islam terutama golongan muda tidak menunaikan solat  dengan berlegar- legar di ruangan pameran.

Katanya, perkara itu diputuskan pada mesyuarat jawatankuasa Induk  Ekspo Terengganu 2018.

“Dalam tempoh itu, mana-mana wanita atau isteri boleh berehat di kawasan pantai berdekatan sementara menunggu ekspo kembali dibuka pada jam 2.00 petang.   

“Pihak kami memaklumkan perkara ini kerana dibimbangi menjadi tular oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang menyatakan tetap beroperasi walaupun ketika umat Islam sedang menunaikan  Solat Jumaat,”katanya

Beliau berkata demikian pada sidang media khas sempena Ekspo Terengganu 2018, di Pekarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus, petang semalam.

Tengku Putera  turut memberitahu  hadiah utama akan diumumkan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman pada jam 10.00 malam pada hari terakhir ekspo bertempat di pentas RTM, di tapak ekspo berkenaan.

“Pendekatan itu bagi memberi peluang orang ramai terus mengunjungi ekspo sehingga saat akhir sebelum ditutup pada malam 3 Mac ini,” katanya

Hadiah utama bakal menanti pengunjung bertuah  berupa sebuah rumah di Pangsapuri Ladang Tok Pelam, satu lot tanah perumahan, satu lot tanah pertanian, sebuah kereta dan sebuah kenderaan pacuan empat roda.


Related Posts:

  • Bayar Cukai Tanah Dilanjut Sehingga 31 Oktober Kerajaan negeri bersetuju melanjutkan tempoh bayaran cukai tanah tanpa denda di seluruh Terengganu sehingga 31 Oktober 2018. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri, Mohd Nor Hamzah ket… Read More
  • World #QuranHour Galak Masyarakat Budayakan Al-Quran Dalam Kehidupan Harian Program World #QuranHour dilihat dapat memberi galakan dan motivasi kepada masyarakat untuk memartabatkan, menghayati dan membudayakan al-Quran dalam kehidupan seharian. Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendid… Read More
  • TNB Dalam Proses Ambil Alih Tanah Mohd Nazri melayan pengamal media pada Majlis Berbuka Puasa TNB Bersama Media. Foto Harish Fadzillah Kassim Tenaga Nasional Berhad (TNB) kini dalam proses pengambilan tanah bagi pembinaan bangunan berkembar setinggi 19 tin… Read More
  • Balai Raya Boleh Diguna Bersama Kerajaan Negeri Terengganu di bawah pimpinan Pas memutuskan penggunaan balai raya yang di bawah kerajaan negeri boleh digunakan bersama oleh orang ramai pelbagai pihak, termasuk parti politik. Menteri Besar, Dr Ahmad Samsu… Read More
  • Terengganu Inc Lancar Jejak Iftar Ramadan Dr. Wan Ahmad Rudirman menyampaikan sumbangan kepada pengerusi Yayasan Kebajikan Mahfatim yang menguruskan Madrasah Al- Huda. Atas dasar tanggungjawab, Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc) melaksanakan program … Read More

Demi Masa

ISNIN, 17 Mac 2018
12:00 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74675
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan