Dato' Mohd Zubir membacakan ucapan sempena Majlis Sambutan Maal Hijrah 2017 di Masjid Sultan Ismail, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.
Umat Islam di Malaysia disarankan agar mengekalkan kesatuan ummah di negara ini bagi mengelakkan peristiwa yang berlaku di negara-negara lain sesuai dengan tema Sambutan Ma’al Hijrah ' Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara'.
Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata tema tersebut sebenarnya merupakan salah satu gagasan usaha yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW sewaktu peristiwa hijrah. Katanya, beberapa langkah boleh diambil bagi mengekalkan kesatuan ummah di negara ini supaya peristiwa yang berlaku di Syria, Iraq mahupun penganiayaan yang berlaku ke atas umat Islam Rohingya. "Antara langkah yang boleh kita ambil ialah pertama mengutamakan maslahah ummah mengatasi kepentingan dan maslahah peribadi dan yang kedua asas-asas kenegaraan dan prinsip-prinsip utama Islam yang disepakati hendaklah dipelihara dan dihormati. "Seterusnya, berpegang teguh dengan Mazhab Shafie dan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai mazhab rasmi negara. Keempat, solat berjemaah di masjid dan surau hendaklah dijadikan satu amalan dan budaya kita bagi memupuk kesatuan ummah di negeri ini. "Terakhir, kita hendaklah menjauhi sifat-sifat tercela seperti hasad dengki, buruk sangka, mengadu domba dan memfitnah sesama sendiri yang boleh mengakibatkan perbalahan sesama kita," katanya dalam ucapan yang dibacakan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong.
Ucapan tersebut dibacakan dalam Majlis Sambutan Ambang Maal Hijrah 2017 Peringkat Negeri Terengganu di Masjid Sultan Ismail, Chendering, Kuala Terengganu, hari ini.
Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-tugas Khas Negeri, Ghazali Taib, Yang Dipertua Maidam, Dato' Shaikh Harun Shaikh Ismail dan Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Dato' Wan Mohd Ibrahim. Dalam majlis tersebut, bacaan doa akhir tahun hijrah terlebih dahulu dibacakan sebelum memulakan solat Magrib berjemaah. Selesai solat magrib, majlis diteruskan dengan bacaan doa awal tahun, solat sunat hajat dan bacaan surah Yasin. Majlis tersebut diakhiri dengan solat Isyak berjemaah yang diimamkan oleh Imam Besar Negeri, Ustaz Aizi Saidi Abdul Aziz. - teganukite.net |
Friday, 22 September 2017
Related Posts:
BN Akan Kuasai DUN, Parlimen Dungun Hishammuddin menyampaikan amanat kepada warga Dungun dengan penuh semangat. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail. Naib Presiden UMNO, Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein yakin Barisan Nasional (BN) akan menang di semua… Read More
EKSPO TERENGGANU 2018: Pembangkang Sengaja Timbul Isu Taman Ilmu Muhammad Pehimi bersama pemenang Pertandingan Memancing Kelab RTM Terengganu sempena Ekspo Terengganu 2018. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail Pembangkang dilihat sengaja berlagak hero, sedangkan mempunyai agenda te… Read More
Formula Bersatu Padu BN Untuk Menang PRU - Ahmad Razif Foto oleh Hasmizi Hamid Formula bersatu padu perlu direalisasikan jika Barisan Nasional (BN) mahu memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di Terengganu.Pengerusi BN Negeri, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, … Read More
90 Peratus Nama Calon BN Sudah Muktamad pengerusi BN Negeri ketika sidang media sejurus merasmikan majlis penutup Konvensyen BN petang ini.Foto oleh Hasmizi Hamid Lebih 90 peratus calon telah dimuktamadkan oleh Barisan Nasional (BN) Negeri Terengganu ba… Read More
Fokus Untuk Rampas Semula 15 DUN, 4 Parlimen Kalah - Ahmad Razif Foto oleh Hasmizi Hamid Saya sendiri akan mengetuai dan melihat secara berfokus serta meneliti 15 Dewan Undangan Negeri (DUN) dan empat kerusi Parlimen yang jatuh ke tangan pembangkang pada PRU-13, kata Pengerusi Barisa… Read More