Tengku Sri Temenggong Raja Tengku Baharuddin Sultan Mahmud yang mewakili Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menyempurnakan Majlis Sambutan Maal Hijrah 1439H/2017M Peringkat Negeri di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, hari ini. Foto Oleh Tg Mohd Syamim Tg Ismail.
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menyeru masyarakat negeri ini khususnya supaya memperkukuh perpaduan, berusaha mencari titik persefahaman dan berhijrah ke arah hidup yang lebih sempurna berlandaskan ajaran Islam sebenar.
Baginda bertitah, jadikan al-Quran dan as-sunnah sebagai rujukan sekiranya berlaku sebarang perselisihan.
"Al-quran melarang umat Islam dari berpecah belah sebaliknya menuntut semua ahli masyarakat bersatu padu dan berusaha menjadikan negara kuat dari segala aspek.
"Dengan itu, kesejahteraan dan kemakmuran negara dapat dipertingkatkan,"ujar baginda dalam titah ucapan sempena Majlis sambutan Maal Hijrah 1439H/2017M peringkat negeri di Stadium Negeri Kuala Terengganu, hari ini.
Titah ucapan baginda dibacakan Tengku Sri Temenggong Raja Tengku Baharuddin Sultan Mahmud yang mewakili Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.
Turut mengiringi Tengku Sri Temenggong Raja, isteri beliau To' Puan Seri Nabilah Dato' Mahmud Khan.
Turut hadir, Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan isteri To ' Puan Seri Halina Zakaria; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Dato' Mohd Zubir Embong dan isteri To' Puan Ramizah Hashim, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail dan isteri To’ Puan Hanis Hamid, ahli-ahli pangkuan diraja dan ahli-ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri.
Titah Sultan Mizan, tugas menjaga kesejahteraan negara dari dicerobohi musuh Islam sama ada secara terang-terangan atau halus adalah tanggungjawab umat Islam.
“Justeru, jadikan tahun baru hijrah ini sebagai titik tolak penigkatan amal kebaikan dan berhijrah ke arah hidup bermatlamat dan berlandaskan ajaran Islam sebenar,” ujar baginda. - teganukite.net
|
Saturday, 23 September 2017
Related Posts:
60 Petugas Media Hadir Taklimat Pilihan Raya Nik Andy bersama petugas media sesi Taklimat Kepada Petugas Media . Foto ihsan Jabatan Penerangan Negeri Terengganu Terengganu menjadi lokasi pertama yang dipilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia mengan… Read More
Tasik Kenyir Sajikan Acara Menarik Sepanjang 2018 Pelbagai aktiviti dan program dirangka di Tasik Kenyir bagi menarik lebih ramai pengunjung ke sana.Pengurus Pelancongan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Ahmad Fathil Abd Ghani berkata, dengan pertambahan bila… Read More
BN Terengganu Jangka Menang Besar Wan Abdul Hakim UMNO dan Barisan Nasional (BN) mampu mencapai kemenangan besar dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) bagi mempertahankan dan mengukuhkan lagi kerajaan sedia ada. Ketua Penerangan UMNO negeri, W… Read More
Kesedaran Elak Guna Polisterin Mulai Februari ini Zainal menunjukan barangan terpakai yang berjaya dikumpul. Foto Zulkifli Putra Kempen kesedaran penggunaan polisterin bakal dikuatkuasakan di semua premis makanan dan kafe di bangunan kerajaan serta pihak berkua… Read More
Suara Transformasi, Terbitan UKOM Tawar Hadiah Telefon Bimbit Akhbar rasmi kerajaan negeri terbitan Unit Komunikasi Negeri Terengganu, Suara Transformasi kini menawarkan hadiah istimewa kepada pemenang utama bulanan, berupa sebuah telefon bimbit bagi peraduan “CARI DAN MENANG ”… Read More