Ahmad Razif bersama kanak-kanak yang diraikan sempena Majlis Konvokesyen Tabika Kemas peringkat DUN Seberang Takir yang diadakan di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini. Foto Oleh: Tengku Syamim Tengku Ismail
Seramai 459 orang kanak-kanak Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir melalui detik bersejarah hari ini bagi memulakan alam baharu kehidupan.
Kanak-kanak daripada 21 kelas di DUN itu telah diraikan dalam Majlis Konvokesyen Tabika Kemas peringkat DUN Seberang Takir yang diadakan di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus.
Mereka merupakan kumpulan pertama yang diraikan daripada 20,010 orang kanak-kanak Tabika Kemas dari 32 DUN yang akan bergraduasi tahun ini.
Majlis perasmian konvokesyen itu disempurnakan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman yang juga merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir.
Turut hadir, Pengarah Kemas Terengganu, Dr. Faridah Mat.
Ahmad Razif dalam ucapannya berkata, peranan guru dan ibu bapa amat penting dalam melahirkan modal insan berkualiti sejak dari awal.
“Kalau kita dapat mencorak mereka mulai sekarang, InsyaAllah suatu hari nanti mereka akan menjadi seorang individu yang berjaya,” ujarnya.
Katanya, majlis graduasi yang diadakan itu juga merupakan satu pengiktirafan kepada mereka.
“Dengan meraikan mereka melalui majlis graduasi seperti ini, ia secara tidak langsung memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk meneruskan pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi,” ujarnya.
|
Thursday, 26 October 2017
Related Posts:
Permohonan Bantuan Dana Raya Dibuka Mulai 1 April Permohonan baharu Bantuan Perayaan Aidilfitri 2017 secara dalam talian dibuka kepada mereka yang berkelayakan mulai semalam (1 April) sehingga 21 April depan. Orang ramai boleh membuat permohonan itu dengan melayari laman… Read More
Sedia 200 Kiosk Percuma Untuk Peniaga Kerajaan negeri bercadang menambah sekurang-kurangnya 200 kiosk cenderahati di beberapa kawasan peranginan dan taman taman rekreasi di negeri ini bagi memberi peluang penduduk setempat terutama golongan belia bernia… Read More
Sidang DUN : Terengganu Bakal Terima RM183 Juta Pampasan Penyerahan UniSZA Kerajaan negeri sudah menerima bayaran sebanyak RM10 juta hasil tuntutan pampasan dari Kerajaan Persekutuan susulan penyerahan Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) kepada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). P… Read More
KTS Sasar 500 Peserta Sertai Larian Kesedaran Diabetes Hospital Pakar Kuala Terengganu (KTS) mensasarkan 500 peserta akan menyertai larian kesedaran mengenai diabetes menerusi `Run From Diabetes 2017’ pada 22 April ini. Program bertujuan membantu merealisasi… Read More
Felda Wujud Dana Pusingan RM100 Juta, Pastikan Peneroka Pungut Hasil Secara Mingguan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) akan mewujudkan dana pusingan RM100 juta bagi memastikan lebih 112,000 peneroka mendapat bayaran hasil kelapa sawit dalam tempoh seminggu berbanding sebulan pada masa ini.Pengerus… Read More